Skip to main content

Budaya Popular

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

astro_gempak_isteri-hafiz-suip-curi-perhatian.png

Dalam video berdurasi pendek itu, Nureffy tampil manis mengenakan jubah berwarna hitam dan berkaca mata gelap.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Nureffy memohon semua mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu turut menggunakan lagu latar The Best nyanyian Ernie Zakri.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberi kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat Nureffy.

Terdahulu, timbul dakwaan mengenai status rumah pelantun lagu Ku Akui itu sedang bergolak.

Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.

Must-Watch Video

Advertisement