Hafizul Kamal & Anak Sulung Positif COVID-19, Peminat Share Petua Makan Limau Kasturi, Bunga Cengkih & Hidu Wap Minyak ...

Amri Hassan
Oktober 5, 2021 02:25 MYT
Pelakon dan pengacara Hafizul Kamal memaklumkan dirinya kini positif virus COVID-19.
Selain Hafizul, anak sulungnya, Raisya Amanda turut positif virus sama.
"Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif.
"Raisya punya spo2 (oksigen) turun naik 91-96, demam maksimum 39.2 darjah celsius.
"Nikmat makan saya dah tiga hari hilang. Bau pun tak ada. Lapar tetap lapar la," katanya menerusi hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, isterinya, Nurul Fariza Ibrahim dan anak kedua, Sara Erina negatif COVID-19.
Dalam hantaran sama, pelakon filem Paskal itu turut berterima kasih kepada peminatnya yang memberikan pelbagai tips untuk mendapatkan semula deria bau.
Antara petua yang dikongsikan pengikut Instagramnya ialah menghidu wap minyak eucalyptus, meminum campuran lemon dan kelapa, makan limau kasturi bersama kicap, epal hijau dan bunga cengkih.
#pelakon #Anak #Sakit #Netizen #Pengacara #Hafizul Kamal #Petua #COVID-19