Pelakon drama bersiri Papa Ricky, Hafizul Kamal terpaksa menahan sakit apabila kuku ibu jari kaki kanannya tercabut sepenuhnya.
Perkara itu diberitahu sendiri oleh Hafizul yang memegang watak sebagai Dr. Gibran menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG) semalam.
Video tersebut menunjukkan sehelai tisu dilapik di bahagian bawah kakinya manakala ibu jarinya pula dipenuhi darah.
Hafizul juga sempat menunjukkan kuku yang tercabut sebagai bukti kepada pengikut IGnya.
Menurut kapsyen, Hafizul menyatakan kecederaan itu berlaku ketika dia berada di set penggambaran Papa Ricky.
“Ni betul2 bukan cobaan.. on set #paparicky #shithappens #gibran injured,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya meluahkan rasa ngilu sebaik sahaja melihat video berdurasi 16 saat tersebut dan mendoakan pelakon berusia 30 tahun itu kembali pulih.
Selain Hafizul Kamal, drama tersebut turut menampilkan Fadlan Hazim, Siti Elizad dan Ewal.
Papa Ricky bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).Teks oleh: Mya Amri
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.