Sedang Miss K bersiap-siap nak goreng telur mata untuk dibuat bersahur, tiba-tiba keluar ‘notification’ e-mel di skrin telefon bimbit Miss K.

Apa? Goreng telur pun nak pegang telefon? Dah jadi tabiat Miss K bawa telefon bimbit ke mana sahaja, maklumlah orang bujang...Selain 'anak bulus', telefonlah peneman sejati.

Berbalik kepada cerita 'notification' dan e-mel tadi, rupanya seorang pengirim yang mahu dirinya dikenali sebagai Marry nak kongsi cerita panas lagi terkini (dia kata).

Marry mendakwa dia tahu hubungan cinta Chef selebriti, Fikree Aznan dengan seorang pengacara. Si Marry sebut 'skandal'.

Tulis Marry dalam e-mel itu, wanita yang dikaitkan dengan Chef Fikree ialah pengacara yang sama-sama mengacara program jualan langsung di sebuah stesen televisyen, dikenali sebagai Masrenny Masri.

Marry juga telah menghantar paparan perbualan dua individu mengenai Fikree dan Masrenny. Sungguh berani Marry membuat pendedahan kan?

Selain paparan skrin tersebut, Marry turut mengirim komen seorang pengguna Instagram (IG) yang menyebut nama Masrenny, selain dua nama lain.

Pada komen tersebut, pengguna IG itu turut menyebut tentang ‘gambar’ yang dihantar kepada Fikree.

Sejauh mana kebenaran dakwaan Marry dan pengguna IG itu, Miss K pun tak berani nak cakap takut nanti jatuh fitnah.

Bukannya apa, tidak cukup bukti untuk melemparkan tuduhan kepada Masrenny dan Fikree…Lagi pun mereka kan bekerja dalam set yang sama?

Mungkin hubungan mereka sekadar rakan sekerja yang telah disalah erti atau ada individu yang cuba menjatuhkan dua nama ini?

*Nama Masrenny Masri tiba-tiba dikaitkan dengan Chef Fikree*

Kepada Marry, jika ada bukti yang lebih kukuh, jumpalah Miss K…Mungkin kita boleh borak panjang.

Apa-apa pun Miss K doakan Fikree terus gagah mengharungi dugaan ini dan ‘move-on’ dengan kehidupan baru selepas ini.

Kepada bekas isteri, kuatlah demi anak ya!

Miss K: Raya dah dekat, nak order periuk size 40cm kat Go Shop buat masak rendang!

*Psssttt…Kalau ada gossip atau cerita nak share dengan Miss K, e-mel di [email protected] ya!