Pelakon Balkiysh Semundur Khan tidak menyangka ramai mempersoalkan namanya yang didakwa tidak seperti orang berasal dari Suluk di Sabah.

Menjelaskan isu tersebut, Balkisyh memberitahu dia mempunyai banyak darah kacukan dan ia bukan satu perkara yang besar.

“Hai orang Sabah, ramai yang persoalkan mana ada orang Suluk mempunyai nama ‘Khan’ di belakang.

“Sebenarnya, ramai je ada di Sabah tu. Saya ni campuran Pakistan, Suluk, Filipina, Iban dan Indonesia.

“Haa banyak sangat campuran kan? Tapi saya pandai cakap Kedah,” katanya.

Pelakon drama Tanya Sama Pokok itu menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Balkisyh difahamkan mencari bapanya yang sudah lama terpisah di Sabah. Pencarian itu dilakukan selepas ibu tunggal itu mahu berkahwin kembali dan mencari wali.

Sejak dari itu, ramai yang tidak menyangka Balkisyh berasal dari negeri tersebut.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata lebih terbuka dengan kenyataannya dan menyokong pendapatnya.

Hai urang Sabah..Ramai yg persoalkan mana ada org Suluk nama khan kt belakang.. . Ramai jek ade kt Sabah tue ampa oii..kami nie Pakistan + Suluk + Filipina + Iban + Indonesia...haa banyak sgt campuran kan ☺️☺️..tp pandai ckp kedah ??.. . Apa pon jom dm nk tahu rahsia kami transform... . @secretqiss_official @secretqiss_official @secretqiss_official #jomtransformjadicantik #dmnaktahurahsiasaya #jusviral #jussihat #jomkurus #perfume #nicheperfume #jomtransformjadicantik #wangi #luxuryperfume #perfumemurah #perfumeviral #perfumecollection #kurus #cantik

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss) on