Perkongsian video pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang membelai mesra harimau dan singa di Dubai baru-baru ini mencuri tumpuan netizen.

Dalam video yang dikongsi, Ebit kelihatan tenang tanpa gusar selain sempat memeluk binatang yang kebiasaannya 'digeruni' ramai itu.

"Kenangan di Dubai hari itu, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, milik Allah. Terharu atas layanan yang sangat baik," kongsinya.

Perkongsian itu mendapat reaksi berbeza daripada netizen, ada yang menyukai harimau dan singa, ada juga yang takut.

"Haiwan ganas pun boleh jinak dengan ustaz, memang hebatlah ustaz," tulis netizen.

"Risau ustaz," seloroh pelakon Aisar Khaled.

"Ngeri sekali," tulis seorang lagi pengguna Instagram.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)




Dalam hal lain, Ebit baru-baru ini menjalankan misi kemanusiaan di Brazil dengan membantu pelbagai individu yang berbeza latar belakang serta agama.

BACA: Bantu Gelandangan Tinggal Dalam Khemah Plastik, Pengikut Ustaz Ebit Lew Rasa Terharu - "Allahu Syukurnya Masih Hidup Selesa Di Sini"