Haiza Hanafi Dedah Kerusi Urut Permintaan Terakhir Jaafar Onn - "Tapi Tak Sesuai Untuk Arwah Sebab..."
Asyikin Mayudin
03/04/2024 09:17 MYT
03/04/2024 09:17 MYT
Penyanyi dan pengacara Haiza Hanafi mendedahkan kerusi urut merupakan permintaan terakhir selebriti terkenal Allahyarham Jaafar Onn sebelum meninggal dunia pada pagi, Rabu.
"Permintaan terakhir papa (Jaafar Onn) ialah nak kerusi urut. Katanya saja nak buat baring nak rehat dengan selesa.
"Tapi saya rujuk juga dengan anak angkatnya, Hanif. Saya juga tanya pendapat rakan-rakan artis lain antaranya Kak Salwa, Ismaliza dan Rina Eva dalam grup WhatsApp yang kami wujudkan.
"Mereka cakap kerusi urut tidak sesuai untuk arwah kerana mencengkam tapak kaki dia kerana kakinya dah keluar air bisa,” katanya kepada Gempak.
“Dengan izin kawan-kawan yang sudah menderma. Semua duit itu sudah dimasukkan ke dalam akaun arwah,” ujarnya.
Untuk info, jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.
Terdahulu, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.33 pagi Rabu akibat serangan jantung ketika melalui prosedur endoskopi.
Kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.
BERITA TRENDING: Jaafar Onn Meninggal Dunia
Bagaimanapun, Haiza memberitahu kerusi urut itu tidak sesuai untuk digunakan arwah selepas berbincang dengan anak angkat arwah iaitu Mohd Hanif dan beberapa rakan selebriti."Permintaan terakhir papa (Jaafar Onn) ialah nak kerusi urut. Katanya saja nak buat baring nak rehat dengan selesa.
"Tapi saya rujuk juga dengan anak angkatnya, Hanif. Saya juga tanya pendapat rakan-rakan artis lain antaranya Kak Salwa, Ismaliza dan Rina Eva dalam grup WhatsApp yang kami wujudkan.
"Mereka cakap kerusi urut tidak sesuai untuk arwah kerana mencengkam tapak kaki dia kerana kakinya dah keluar air bisa,” katanya kepada Gempak.
PILIHAN PEMBACA: Jaafar Onn Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Melalui Prosedur Endoskopi - “Doktor Ada Beritahu Berisiko Sebab…”
Dalam pada itu, Haiza berkata mereka tetap menjalankan amanah dengan memberikan wang derma daripada rakan-rakan selebriti kepada Allahyarham.BERITA TRENDING: Cili Padi, Tyson & Bunga Matahari, Semua Generasi Punya Kenangan Dengan Allahyarham Jaafar Onn
“Kita jalankan amanah kita itu, dengan berbincang dalam grup cakap tak sesuai kerusi itu tukar kepada tunai. Bila dapat tahu kerusi itu tak sesuai, saya hubungi rakan untuk minta izin saya keluarkan tunai bagi terus kepada arwah.“Dengan izin kawan-kawan yang sudah menderma. Semua duit itu sudah dimasukkan ke dalam akaun arwah,” ujarnya.