Artis versatil Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu di Hospital Serdang pada usia 73 tahun.

Berita tersebut dikongsi oleh anak saudaranya menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook Fahmi Aziz.

“Pakcik saya, Jaafar Onn telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Turut mengesahkan berita duka itu, penyampai radio Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran daripada anak angkat Allahyarham, Hanif yang berada bersamanya sejak dimasukkan ke hospital semalam.

BERITA TRENDING: Najis Berdarah, Jaafar Onn Dikejarkan Ke Zon Kritikal

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi sitkom Cili Padi itu dikejarkan ke zon kritikal di wad kecemasan Hospital Serdang akibat mengalami pendarahan ketika membuang air besar.

Difahamkan, arwah mengalami bacaan tekanan rendah dan hemoglobin rendah ketika pemeriksaan di sebuah klinik.

Jaafar sepatutnya dijadualkan menjalani prosedur endoskopi pada hari ini untuk memeriksa keadaan sebenar.

Baru-baru ini, tahap kesihatan Jaafar atau naama sebenarnya Jaafar On Awang merosot selepas mengalami masalah bengkak kaki hingga memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

Untuk info, Jaafar cukup terkenal dengan drama ikonik tahun 1990-an iaitu Cili Padi.

Malah, Jaafar juga pernah meluahkan hasrat bahawa dia sangat mengimpikan untuk menerbitkan semula sitkom terkenal Cili Padi itu.