Pelakon Alif Satar mengakui tidak kisah apabila ada peminat yang sudah mula menyatukan namanya dengan Neelofa dan mewujudkan hashtag #Alofa.
Menurut Alif, dia teruja apabila dapat bergandingan dengan Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet dan bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton.
"Itu adalah hak peminat kerana saya tidak boleh menghentikan mereka daripada melakukannya.
"Lagi pun itu hanyalah sekadar hashtag dan ia tidak ada membawa maksud apa-apa pun.
"Sekurang-kurangnya dengan adanya hashtag itu akan memudahkan orang ramai untuk bercakap mengenai drama tersebut.
"Jadi saya tidak ada isu, nak letak...letaklah kerana jika dilihat pada sudut positif ia akan memberikan banyak kebaikan kepada drama tersebut," katanya kepada Astro Gempak.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Memori Pajeri Nanas, di GSC Signature @ The Gardens, Petaling Jaya, pada Rabu.
Bercerita mengenai filem Memori Pajeri Nenas, Alif berkata, watak yang dibawakan oleh dia sangat mencabar ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Dalam filem ini saya akan membawa watak sebagai chef dan ia sangat mencabar kerana saya harus belajar bagaimana cara sebenar seorang chef memotong dan memasak dengan betul." katanya.
Rozaimi Zubaidi
Thu Jul 13 2017
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.