Hamil Dua Bulan, Mawar Rashid Bakal Bergelar Ibu

Rozaimi Zubaidi
Julai 31, 2018 15:05 MYT
Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dirinya kini sedang hamil dua bulan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mawar berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.
"Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah.
"Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin. #BabyRadenR," tulisnya.
Menerusi program MeleTop, Mawar mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kehamilan.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.
"@amywahid: Congratulations Mawar! Bestnyaaa bakal jadi mummy dah! So happy for you."
"@little.keisya: Omg! Alhamdullilah. Congrats #mawaraf. Hope semua akan dipermudahkan!"
"@memfieyyy_: Congratulations kak @mawarashid semoga dipermudahkan semuanya .. Amin."
Mawar dan Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaacob, berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Hamil #Hamil #Pelakon #Mawar Rashid