Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hampir 2,500 Polis Kawal Final Piala FA Pada Sabtu Ini

Ernalisa
21/08/2024 18:55 MYT
Seramai 2,488 pegawai dan anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2024/2025 di antara pasukan JDT dan Selangor FC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata jumlah anggota polis yang bertugas meningkat berbanding hanya 1,500 pegawai pada perlawanan akhir Piala FA tahun lalu.

Beliau berkata, peningkatan jumlah pegawai itu bagi memastikan keadaan keselamatan dan lalu lintas terjamin serta selamat sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung.

"Seramai 2,488 pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam dan luar stadium.

BERITA BERKAITAN : Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

BERITA BERKAITAN : 10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

BERITA BERKAITAN : Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

BERITA BERKAITAN : Cut Intan Nabila Bocorkan Video Baru Dipukul: “Tidak Mampu Hitung Berapa Banyak Kali Dia Seksa Saya”


"Polis akan memeriksa badan mahupun beg yang dibawa penonton. Antara bahan terlarang yang ditegah dibawa masuk ke dalam stadium termasuk mercun, bunga api, suar, topi keledar, laser, sebarang objek tajam (besi/kayu) senjata seperti parang dan lain-lain merbahaya.

"Selain itu, dadah, minuman keras, payung atau tongkat, powerbank, botol-botol, ais ketul, pemetik api, rokok atau rokok elektronik, dron, pembesar suara, wisel dan gendang (dengan kebenaran MFL),"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Istiadat Penganugerahan PJPN Kontigen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Azry Akmar Ayob, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail dan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh.

Dalam pada itu, Rusdi berkata, polis trafik juga ditempatkan untuk mengawal aliran trafik di sekitar kawasan stadium bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Katanya, sebanyak 4,968 lot parkir disediakan di sekitar stadium.

"Sekiranya lot parkir penuh, polis akan membuat beberapa penutupan serta lencongan terhadap jalan-jalan termasuk penutupan susur Kesas Highway ke Lampu Isyarat Sukom, lencong ke Awan Kecil atau Awan Besar dan penutupan Jalan Lampu Isyarat Sukom ke arah Jalan Merah Cagar, lencong ke Awan Kecil atau Awan Besar.


"Selain itu, penutupan susur ke Jalan Barat dari Kesas Highway, lencong ke Jalan Radin atau Sri Petaling; penutupan susur ke Jalan Barat dari Jalan Radin, lencong ke Shah Alam dan penutupan susur ke Jalan Barat dari Kesas Highway, lencong ke Jalan Radin atau Sri Petaling.

"Jalan yang ditutup juga membabitkan Puchong Link iaitu penutupan susur ke Jalan Barat dari arah Bulatan Lumba Kuda Lencong ke Kinrara dan penutupan susur Puchong Link ke Jalan Barat dari arah Kinrara, lencong ke Bulatan Kuda," katanya.


SUMBER:Berita Harian

#Polis #Stadium #siaga #siap
;