Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"

Firdaus
01/05/2024 09:55 MYT
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya.

Rasa Simptom Sihir Selepas Bapa Meninggal

Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu.

"Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening kepala. Setiap hari menjelang senja, bacaan tekanan darah tinggi saya naik.

"Bermula jam 12 tengah malam hingga pagi, bacaan tekanan darah saya amat tinggi hingga boleh menyebabkan saya kena strok. Pada awalnya saya anggap itu normal kerana saya pun sudah berusia.

"Bagaimanapun, selepas berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, doktor sahkan saya bebas daripada penyakit darah tinggi.

"Bila rujuk kepada ustaz, barulah dapat tahu yang saya sudah terkena gangguan sihir. Ustaz menyarankan supaya saya segera berubat kerana jika dibiarkan, ia boleh membawa maut," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di Hyatt Place, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perubahan Terhadap Tubuh Badan

Bercerita lebih lanjut, David mendakwa terdapat perubahan ganjil terhadap tubuhnya dan keadaan itu berlaku selama sebulan.

"Bila cuaca panas, saya akan pakai baju berlapis-lapis seolah-olah berada dalam musim sejuk. Kalau pergi mana-mana tempat yang tak nampak cahaya matahari, saya akan menggigil dan jantung berdebar.

"Selera makan juga bertambah. Saya makan seperti kanak-kanak yang sedang membesar dan kerap makan. Berbeza keadaan saya sebelum ini yang jarang makan pada waktu malam,” kongsinya.

Dalam pada itu, David memaklumkan telah berjumpa seorang ustaz untuk merawat penyakit yang dihadapi tersebut.

"Ketika proses rawatan, saya dimaklumkan ustaz, individu tersebut menyihir saya dengan menghantar lintah ke dalam tubuh saya.

"Lintah itu akan musnahkan organ dalaman secara perlahan-lahan. Sebulan jugalah saya menderita sebelum pulih sepenuhnya," cerita David lagi.

Sekadar info, David bakal mengeluarkan filem berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang merupakan sekuel kepada filem pertama yang ditayangkan 17 tahun lalu.

Filem itu menceritakan kesinambungan daripada kisah saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi, namun ada sesuatu yang menghalang dan membawa pelbagai kejadian menyeramkan.

Jangan Pandang Belakang 2 bakal menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Khatijah Tan dan Cat Farish, filem berkenaan dijangka menemui penonton hujung tahun ini.

BERITA TRENDING: Hun Haqeem Terkejut David Teo Hebahkan Kes Saman - "Saya Sedaya Upaya Nak Tutup Aib Orang..."

BERITA TRENDING: Diejek Muka Berkurap & Kurus Seperti Mumia, Wanita Ini Santau Pembuli - “Aku Gembira Melihat Dia Menderita”

#Filem #Penerbit #David Teo #Sihir #Mistik #hiburan #Seram #Agama #Santau #Jangan Pandang Belakang 2
;