Laman Utama

Hampir 'Pekak', Zee Avi Pakai Alat Bantuan Pendengaran 13 Jam Sehari - "Bila Tak Pakai Rasa Sunyi Sangat Dunia"

gempak
Amri Hassan
15/09/2022
00:54 MYT
Sponsor Banner
Hampir 'Pekak', Zee Avi Pakai Alat Bantuan Pendengaran 13 Jam Sehari - "Bila Tak Pakai Rasa Sunyi Sangat Dunia"
Penyanyi Zee Avi harus akur apabila perlu menggunakan alat bantuan pendengaran selama 13 jam sehari ekoran masalah dialami sejak beberapa tahun lalu.
Hilang 40 peratus deria pendengaran, Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 37, dia juga perlu menerima hakikat jika ada yang memanggilnya pekak.
"Kalau orang panggil pekak, ya, nak buat macam mana lagi kan. Tapi perkataan pekak itu sebenarnya agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab kesukaran pendengaran ini ada banyak tahap.
"Apa yang saya alami adalah hilang pendengaran tapi untuk orang pekak mereka memang daripada lahir.
"Jadi, saya sebenarnya hilang pendengaran. Bila tak jaga kesihatan pendengaran macam itulah ceritanya. Sekarang ini 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini, kalau tidur tak pakai. Bila bangun saja terus pakai. Kalau tak pakai bunyinya macam dalam otak. Jadi, rasanya sangat sunyi.
"Sejak setahun lalu, saya perlu pakai alat ini di kedua belah telinga. Kalau tak buat sesuatu, ia akan menjadi makin teruk. Kalau saya tak guna alat ini, kita akan kuatkan lagi bunyi jadi ia akan jadi lebih teruk.
"Saya sangat bersyukur disebabkan teknologi alat ini jadi tak nampak pun sebenarnya kalau saya pakai," ujarnya.
Zee ditemui pada majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seksa bila nak suruh rakan-rakan cakap kuat-kuat

Kesan daripada masalah pendengaran itu, pelantun lagu Kantoi itu mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling, sekali gus mengganggu produktiviti dirinya sebagai penyanyi dan pemuzik.
"Apa yang seksa adalah bila ramai kawan yang bercakap lemah lembut, jadi bila nak suruh mereka kuatkan suara, saya yang rasa macam mereka sedang sakit.
"Bila mereka kuatkan sikit suara, mereka dah rasa macam menjerit jadi saya tak mahu lakukan itu kepada kawan saya. Lama kelamaan saya akan rasa malas nak bagitahu.
"Setiap kali kalau saya pergi mesyuarat dengan menteri atau orang penting takkan saya nak bagitahu mereka supaya kuatkan suara.
"Apabila tak dengar, kelantangan suara itu makin lama makin kuat. Pembesar suara 'bluetooth' pun kena letak berhampiran saya. Sekarang ini tak perlu guna dah. Kalau buat pembesar suara dekat telefon pun tak dengar. Tetapi sekarang dah makin baik dan mudah dengan alat ini," katanya.

Tak dengar keluarga bersembang

Mengimbas semula, Zee tampil membuat pemeriksaan selepas tidak dapat mendengar percakapan ahli keluarganya biarpun duduk bersebelahan ketika makan malam.
"Sebelum itu pun ketika di dalam studio saya tak dapat dengar suara rakan-rakan saya, bila mereka gelak saya tak boleh nak respon sebab tak dengar apa-apa. Pada mulanya saya indenial.
"Kemudian, ketika sedang makan malam bersama keluarga saya, pendengaran saya semakin teruk sampaikan tak dengar apa yang ayah dan adik-beradik saya tuturkan. Kemudian mereka sarankan saya untuk menjalani ujian," cerita Zee.

Zee cari audiologis

Dalam masa sama, Zee berkata, sokongan moral terutama daripada ahli keluarga dan suami membuatkan dirinya nekad untuk mendapatkan bantuan daripada audiologis di Global Hearing Care Centre GHCC), Wangsa Maju.
Ia bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, Zee akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran. "GHCC juga menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024