Penjaga gol JDT Farizal Marlias yang mengalami kecederaan akibat bertembung dengan pemain Terengganu Shane Lowry, menerima kunjungan khas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di kediamannya pada Selasa.

Menerusi laman sosial Instagram, Farizal berkongsi momen-momen kunjungan tersebut untuk tatapan umum.

Tidak datang dengan tangan kosong, TMJ turut membawa hadiah set peralatan golf untuk dihadiahkan kepada penjaga gol utama skuad Harimau Selatan itu.

“Junjung kasih Tunku. Terima kasih Tunku, saya sangat berbesar hati dengan kunjungan dan kurniaan golf set yang Tunku berikan. Junjung kasih Tunku,” tulis Farizal di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, kunjungan prihatin tersebut dihujani dengan kata-kata pujian memandangkan pemilik kelab JDT itu sangat menjaga kebajikan pemainnya.

A post shared by @far1zalmarl1as


“Steady bro, speedy recovery,” ucap Alif Satar.

“Terbaiklah. Naya lepas ni kalau main dengan hang. Pedih Fari,” usik Sharnaaz Ahmad.

“Semoga Allah beri kesembuhan buat mu sahabat,” ujar Angah Raja Lawak.

“Alhamdulillah hmmm dapat golf set. Ijoy menanti ni di Kuala Lumpur,” tulis Sharifah Shahira.

“Alhamdulillah syukur rezeki Allah. Speedy recovery bro,” kata seorang wargamaya.

“Mana nak dapat boss macam ni ye? Get well soon brother,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 26,000 tanda suka daripad pengikutnya.

Terdahulu dalam aksi hujung minggu lalu, Farizal mengalami kecederaan di kepala ketika mahu menghalang gerakan serangan yang dilakukan Terengganu pada babak kedua.

Hasil daripada pertembungan itu, Farizal tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi membolehkan penjaga gol itu mendapatkan rawatan.

Sewaktu dimasukkan ke hospital juga, TMJ turut berada di sisi Farizal.