Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Hampir Sedekad Berniaga Macam-Macam Saya Hadapi, Saya Rasa Dah Sampai Masa..." - Che Ta Mahu Kongsi...

Badrul Hashim 19/02/2019 | 02:29 MYT
Pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta sudah hampir sedekad dalam bidang perniagaan.
Menurutnya, bermacam bentuk ujian yang dihadapi termasuk turun naik jualan, ditipu supplier dan 'digigit' pesaing.
"Hampir 10 produk dari berbeza jenama juga saya dah keluarkan dan uruskan sendiri. Produk pulak berbeza-beza jenis.
"Semuanya memerlukan strategi dan pemasaran yg berbeza. Syukur, semua produk mendapat hasil jualan yang baik sekali," tulis Che Ta di Instagramnya.
Menurut Che Ta, selepas sekian lama bergerak sendirian, sudah tiba masanya dia ingin berkongsi dengan 100 orang yang betul-betul berkeinginan, bersemangat dan mahu berniaga.
"Saya mahu mereka untuk bersama-sama saya menjadi rakan kongsi atau ‘business partner’ saya.
"Mereka yg terpilih akan dilatih dan dibimbing oleh saya dan team saya. Bagaimana nak penuhkan poket, bagaimana nk buat duit tepi, dan bagaimana nk luaskan lagi pasaran," jelas Che Ta panjang lebar.
menurut Che Ta lagi, mereka ini semua akan diberi ilmu pemasaran secara ‘online’ dan ‘offline’.
Tegas Che Ta ianya bukan MLM, 'money game' atau sistem piramid, tetapi perniagaan yang sebenar.
Kepada yang berminat untuk menjadi rakan kongsi Che Ta bolehlah ke Instagram beliau kerana pendaftaran sudah dibuka sejak pukul 11:00 pagi tadi.
#pelakon #Che Ta #Pelakon #Usahawan
;