Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hampir Setahun Berkahwin, Intan Najuwa Umum Hamil Cahaya Mata Pertama - “Our Little Secret Is Finally Out!”

Asyikin Mayudin
18/07/2024 05:08 MYT
Hampir setahun usia perkahwinan, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Intan berkongsi berita itu dengan memuat naik video memperlihatkan baby bump di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Our little secret is finally out! Soon we”ll be three. (Rahsia kecil kami akhirnya dikongsikan. Tak lama lagi kami bertiga),” tulis Intan menerusi kapsyen di perkongsian.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan pelakon itu sepanjang hamil dipemudahkan.

“Alhamdulillah. Congratulations babe!

“Yea dah agak dah sebab Intan berselera makan dah tak ada diet… tahniah.

“I’m not crying, you are! I’m so happy for you my girl crush,” komen beberapa daripada netizen dan rakan selebriti.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan bernama Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

#pelakon #Selebriti #Intan Najuwa #Intan hamil #Suami Intan Najuwa