Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
Firdaus
02/10/2024
16:23 MYT
Sponsor Banner
Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, Hana menyatakan dia dan suami pada awalnya tidak serius untuk mencari ‘confinement lady’ kerana sudah berbincang untuk menjaga anak mereka bersama-sama.
"Alhamdulillah, saya rasa Allah dah susun cerita saya cantik sangat.
"Ketika saya hamil, saya tak begitu serius untuk mencari 'confinement lady' untuk menjaga saya sepenuh masa.
"Perbincangan dengan suami ketika itu adalah kami akan jaga bayi ini sama-sama, maknanya saya akan susukan anak manakala suami akan uruskan 'burping', jaga malam dan sebagainya," katanya.

Akui Kekal Tabah

Tambah Hana lagi, dia mengakui perlu mencari kekuatan dek kerana suaminya yang ketika ini dijatuhkan hukuman oleh mahkamah disebabkan kes rogol.
"Ketika itu adalah memang waktu yang saya sangat perlukan sokongan sebab saya sedang mencari kekuatan.
"Nak bangunkan semula kekuatan mental dan spiritual saya dan kadang-kadang kita terlupa untuk bangunkan kekuatan fizikal juga," ujarnya.
@lavenderconfinementcare Dengan adanya bantuan daripada Confinement Lady ataupun CL, sedikit sebanyak membantu Puan @???? ?????? untuk melalui fasa berpantang dengan baik. CL banyak memberi sokongan dan dorongan untuk terus berpantang dengan baik? Semoga dipermudahkan urusan Puan Hana sekeluarga? #pakejoversea #pantangdenganlcc #parentingjourney #pakejpantang #pantangjourney #fypシ #pantangmodern ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat untuk Hana agar dia tabah menjalani ujian yang menimpa.
Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September lalu.
Imbas kembali, pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

BERITA TRENDING: Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh Baharu Sebutan Semula Kes, Da’i Syed Dilepaskan Dengan Jaminan Hanya Prosedur Biasa

BERITA TRENDING: Mahu Guna Masa Bersama Keluarga, Hana Ismail Terima Banyak Sokongan Berbanding Kecaman - “Sebab Ihsan Kami Tinggi & Berkelakuan Baik…”

BERITA TRENDING: Dapat Layanan Baik Sepanjang 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Sempat Berdakwah & Ajar Mengaji - “Pengalaman Begitu Pahit, Gelap Hidup Saya Masa Itu…”

BERITA TRENDING: Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Ambil Peluang Habiskan Masa Bersama Anak Perempuan

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live