,
Hiburan

Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh Baharu Sebutan Semula Kes, Da’i Syed Dilepaskan Dengan Jaminan Hanya Prosedur Biasa

Asyraf Roslan
24/09/2024
08:02 MYT
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes pendakwah bebas, Da'i Syed yang didakwa atas tuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2020.
Menurut peguam yang mewakili Syed iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat, tarikh itu ditetapkan semasa sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Hari ini mahkamah sudah tetapkan 5 November untuk tarikh pengurusan kes sementara menunggu alasan penghakiman daripada mahkamah sesyen.
"Pada Jumaat lepas, kami sudah mendapat satu penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan mahkamah sesyen. Jadi, mahkamah tinggi membenarkan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu pelupusan kes rayuan," katanya kepada Gempak.
Menurut Abu Bakar, prosedur dibebaskan dengan jaminan adalah satu perkara biasa dan akan dilakukan oleh pihak peguam yang mewakili anak guamnya.
"Itu merupakan satu prosedur biasa sebab jika mahkamah sesyen sudah jatuhkan hukuman, pihak peguam boleh memohon mendapatkan penangguhan pelaksanaan.
"Namun, mahkamah sesyen tidak membenarkan dan memutuskan anak guam saya dihantar ke penjara. Kemudian pada 18 September lalu, peguam dari firma guaman saya memfailkan penangguhan.
"Kemudian pada 20 September lalu, hakim memberikan kelulusan untuk penangguhan pelaksanaan dan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan," ujarnya.
Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 September lalu.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.
Pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mahu Guna Masa Bersama Keluarga, Hana Ismail Terima Banyak Sokongan Berbanding Kecaman - “Sebab Ihsan Kami Tinggi & Berkelakuan Baik…”

gempak
24/09/2024
03:55 MYT
Personaliti TV, Hana Ismail memanjatkan rasa syukur apabila suaminya, iaitu Da'i Syed dilepaskan sementara selepas 21 hari meringkuk dalam penjara Kajang.
Hiburan

Hadir Ke Mahkamah Dengan Imej Botak, Da'i Syed Harap Urusan Dipermudahkan - “Alhamdulillah, Saya Okay…”

gempak
24/09/2024
02:26 MYT
Imej baharu pendakwah selebriti Da'i Syed yang hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu pada Selasa menarik perhatian netizen.
Berita

21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

gempak
20/09/2024
14:30 MYT
Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang kerana merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu, pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
Viral

Video Gadis Terpaksa Rakam Diri Sendiri Dirogol Bapa Kandung Cetus Kemarahan Netizen - “Bayangkan Trauma Dia Sampai…”

gempak
10/09/2024
00:29 MYT
Seorang pengguna platfrom X berkongsi semula sebuah video dari akaun Crime Reports India yang memperlihatkan seorang gadis terpaksa merakam dirinya dirogol oleh bapa kandung.
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.