Hiburan

Hand Sanitizer Habis? Jom Ikuti Tutorial Linda Onn Hasilkan Hand Sanitizer Sendiri

gempak
Fiza Kamarudin
26/03/2020
14:23 MYT
Sponsor Banner
Hand Sanitizer Habis? Jom Ikuti Tutorial Linda Onn Hasilkan Hand Sanitizer Sendiri
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April depan, ramai di antara kita mula bimbang.
Tambahan lagi apabila alat pencegahan seperti Mask dan Hand Sanitizer semakin sukar didapati dan jika ada pun, harganya melambung tinggi!
Menyedari hakikat itu, penyampai radio Linda Onn berkongsi cara membuat Hand Sanitizer sendiri dengan menggunakan daun lidah buaya.
Linda Onn kongsikan cara membuat hand sanitizer di laman sosialnya dan video berdurasi 5 minit 10 saat itu menerangkan langkah-langkah menghasilkan hand sanitizer sendiri.
Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat Hand Sanitizer:
1. 4 keping daun Alor Vera
2. Alkohol
3. Essential oil – Serai
Cara penyediaan :
1. Potong 4 keping daun alor vera dan ambil isi dalam
2. Blenderkan isi Alor Vera tadi
3. Tapiskan cecair Alor Vera tersebut
4. Gunakan 30ml cecair Alor Vera
5. Letak 20ml – 30ml cecair alcohol
6. Tambah sedikit essential oil (serai)
Selamat mencuba!
Hand Sanitizer atau hand antiseptic adalah cecair berbentuk gel diaplikasikan pada tangan dengan tujuan untuk membunuh bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit.
Terdapat juga hand sanitizer yang dicampurkan dengan pelembap seperti glycerin yang bertujuan untuk menghaluskan kulit dan ada juga menggunakan pewangi untuk memberikan ia kekal harum ditangan.
Kepada anda semua patuhi PKP dan kekalkan langkah-langkah pencegahan. #Staysafe #dudukrumah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live