Viral
"Hang Ni Bela Jin Kelawar!" - Adam Corrie Terkejut Terima Mesej Anti-Islam
Pelakon Adam Corrie Lee meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak mengirim mesej kesat kepadanya baru-baru ini.
Dedah Adam, kiriman mesej berbaur provokasi itu dianggap satu cabarannya memeluk agama Islam sejak 13 tahun lalu.
"Antara cabaran selepas saya syahadah, penerimaan masyarakat terhadap saya.
"Ini adalah salah seorang si folan terbaru yang saya tidak kenali yang DM saya.
"Itulah cabaran mualaf seperti saya. Biarlah mereka menyerang kita.
"Saya doakan mereka diberikan taufik dan hidayah oleh Allah. Mungkin saya belum cukup sampaikan dakwah kepada mereka yang membenci Islam.
"Saya selalu teringat kisah Rasulullah SAW dibaling batu oleh masyarakat Thoif. Rasulullah SAW tak marah mereka malah memdoakan kesejahtaraan untuk mereka," coret Adam di Instagramnya.
Dalam kiriman mesej itu, Adam dipanggil bodoh dan dituduh membela jin.
Malah, pelakon filem KL Gangster itu turut diajak untuk beradu tenaga.
Lebih memburukkan keadaan apabila ada antara mesej tersebut berbaur anti-Islam.
Adam mula memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.
Must-Watch Video