Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Hang Silap Besar Sebab..." - Produk Keluaran Dituduh Ada Bahan Merkuri, Syatilla Melvin Terima Permohonan Maaf Netizen

Zulaikha Yusof
13/10/2019 02:02 MYT
Pelakon Syatilla Melvin berang apabila terdapat seorang pengguna laman sosial menfitnah produk keluarannya di Twitter.

Kata Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla, dia inginkan bukti yang kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita tersebut.

Tilla juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika wanita terbabit tidak tampil memohon maaf serta menarik balik segala tuduhan yang telah dilemparkan.

"Okay aku rasa dia main dengan silap orang. Siapa kenal perempuan ni? Hang silap besar sebab hang mention nama aku kat public dan fitnah periuk nasi aku!!

"Aku nak hang respon dan minta maaf dalam masa terdekat! Bagi bukti yang kukuh sekali!

"Jangan tunjuk sangat yang akal hang bubuh kat lutut! Sebelum aku sagat muka hang kat jalan dan saman, hang tolong respon.

"Aku akan besarkan benda ni kalau hang tak tak mai minta maaf dan tarik semua benda! Followers Tilla, tolong aku buat kerja sat cari mangkuk ni," tulis Tilla.

Ok aku rasa dia main dgn silap org. SAPA KENAL PEREMPUAN ni?HANG SILAP BESAQ SEBAB HANG MENTION NAMA AKU KT PUBLIC DAN FITNAH PERIUK NASIK AKU!! AKU NAK HANG RESPON DAN MINTAK MAAF DALAM MASA TEDEKAT!!!! BAGI BUKTI YANG KUKUH SEKALI!! JANGAN TUNJUK SGT YG AKAI HANG BUH KAT LUTUT!! SEBELUM AKU SAGAT MUKA HANG KT JALAN DAN SAMAN HANG TOLONG RESPON‼️‼️‼️ AKU AKAN BESAQKAN BENDA NI KALAU HANG TAK MAI MINTAK MAAF DAN TARIK SEMUA BENDA!!FOLLOWERS TILLA,TOLONG AKU BUAT KERJA SAT CARI MANGKUK NI♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Selepas satu jam dikongsikan di entri Instagram (IG) miliknya, wanita tersebut tampil memohon maaf atas tindakan tidak matang yang dilakukannya.

"Pada hari yang sama saya menulis tweet tentang produk Samtilla yang mempunyai merkuri dalam produk mereka, saya sangat menyesal.

"Saya dengan rendah hati meminta maaf kepada Samtilla kerana memfitnah produknya tanpa sebarang bukti sebelum ini.

"Saya menarik balik kenyataan saya tentang produknya sekali lagi saya benar-benar memohon maaf atas tindakan saya yang tidak matang," tulisnya.

Terlajak perahu boleh undoq balik,terlajak londeh kain,muka dapat malu.. social media teramat bahaya. Dlm 1min, 1dunia boleh tahu semua!saya terima permohonan maaf dia yg telah menfitnah saya.semoga takkan berulang lagi♥️mohon allah luaskan lagi rezeki @kekasih_hq #takotmukakenasagatlettew ♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Tilla bersama adik beradiknya, Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin menjalankan perniagaan kosmetik yang diberi nama Kekasih.
#pelakon #Syatilla Melvin #Pelakon
;