"Datuk tidak boleh buat begini, Datuk tak boleh pukul orang awam."
Itu kata saksi yang juga anggota polis kepada Mahkamah Majistret Petaling Jaya, ketika ditanya tentang tindakan dibuat pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari ketika berada di Balai Polis Kota Damansara pada awal tahun ini.
Menurut Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, yang ketika itu bertugas sementara di balai berkenaan, Farid menjerit-jerit dan berkata "Hang tau aku sapa? Aku Datuk Farid Kamil!
Farid didakwa mengeluarkan kata-kata itu ketika mengamuk setelah dia diberitahu balai itu hanya mengendalikan kes trafik, lapor Bernama.
Menceritakan kejadian itu, saksi kedua pendakwaan itu berkata, pada pukul 1.00 tengah hari 11 Januari lalu, Farid telah dibawa oleh saksi pertama kes itu, Ashraf Ahmad, 35, yang memberitahu Farid ingin membuat laporan polis kerana kemalangan.
"Sejurus tiba di kaunter pertanyaan, Farid telah menunjukkan kepada saya sebuah artikel bertajuk "300 artis meminjam Ah Long kerana tiada pekerjaan" dan bertanya kepada saya sama ada artikel itu benar.
"Saya kemudian berkata sekiranya dia mahu membuat laporan mengenai kes itu, dia harus pergi ke balai lain yang berdekatan kerana balai ini hanya mengendalikan kes-kes trafik," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari ketiga perbicaraan empat kes jenayah pelakon itu.
Saksi itu memberitahu Farid kemudian tiba-tiba naik angin dan terus berdiri serta menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata itu.
"Ashraf cuba menenangkan Farid yang masih dalam keadaan terjerit-jerit di dalam balai namun Ashraf telah ditampar dan saya dengan pantas cuba menghalang tindakan itu dengan berkata "Datuk tidak boleh buat begini, Datuk tak boleh pukul orang awam" sebelum saya juga ditampar olehnya.
"Selain pedih dan sakit di pipi kiri akibat ditampar, namun yang lebih memalukan kerana saya sedang memakai pakaian seragam polis trafik dan kejadian tersebut berlaku di hadapan orang ramai di dalam balai tersebut," katanya.
Menurut Muhammad Nizam lagi, keadaan Farid yang agresif ketika itu memaksanya untuk menggari tertuduh namun fizikal Farid yang besar dan lebih tinggi daripadanya menyukarkan dia untuk berbuat demikian.
"Beberapa kali saya mencuba untuk menggarinya namun tidak berjaya tetapi setelah dibantu Ashraf dan seorang lagi orang awam yang berada di dalam balai, Farid akhirnya digari dalam keadaan meniarap," katanya.
Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom dan perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung hari ini.
Sumber: Astro Awani
Foto: Cinema Online
Kamaruddin Razal
Thu Dec 13 2018
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.