Dengan sekali lafaz, penyampai radio Era, Hani selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Wan Faiz Wan Nor, 30, tepat pada 4 petang tadi.

Hani atau nama sebenarnya, Intan Farhani Mohd Fadzil, 26, dan pasangan dinikahkan oleh bapanya Mohd Fadzil Mohd Ali bersaksikan Imam dan Juru Nikah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Ustaz Hafizan Ibrahim.

Majlis pernikahan yang cukup romantis dan meriah itu diadakan di The Grand Ballroom Bora Ombak, Marina Putrajaya.

Hani yang mengenakan busana kurung moden berona hijau itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta sebentuk cincin daripada suaminya.

Sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pasangan ini masing-masing berbalas tujuh dulang hantaran.

Mempelai bakal diraikan dalam saru majlis resepsi di tempat yang sama esok.

Hani merupakan penyampai Johara 30 Era yang bersiaran jam 1 hingga 4 petang setiap hari Isnin hingga Khamis.

Teks oleh: Syafiqah Jalal