Laman Utama
Hannah Delisha Akui Penat Menangis Dalam ’Andai Itu Takdirnya’ - “Sebab Itu Habis Projek Ini Saya Nak Ambil…”
Pelakon Hannah Delisha mengakui hampir setiap episod drama Andai Itu Takdirnya memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.
Menurut Hannah, biarpun berasa penat untuk melakonkan babak menangis namun dia berpuas hati kerana drama itu mendapat respon yang besar daripada penonton.
“Memang sangat-sangat penat… sebab itu la saya macam habis projek ini saya nak ambil cuti pendek, nak relax, healing sekejap. Baru sambung next projek.
“Bagi saya, cerita ini memang memberi respon yang sangat besar. Memang kecoh, saya tengok dekat Twitter, TikTok, dan di mana-mana sosial media.
“Tapi saya sangat gembira sebab kami semua memang bekerja keras untuk projek ini. Saya nampak kru produksi, pelakon… mereka memang bersungguh-sungguh.
“Mengetahui fakta ini berdasarkan cerita sebenar, bagi semangat kepada kami untuk lakukan yang terbaik. Semoga jalan cerita itu jadi penganjaran untuk semua,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Hannah memberitahu dia akan mengambil cuti pendek untuk berehat daripada dunia lakonan sebelum memulakan projek lain.
Namun Hannah berkata dalam pada masa yang sama jika ada tawaran menjadi duta produk yang bagus, dia akan pertimbangkan.
“Saya tak suka kerja yang back to back, sebab saya rasa bila habis shooting itu nak ada juga waktu rehat untuk kumpul tenaga semula. Lepas itu baru saya akan fikir apa selepas ini.
“Itu memang rutin saya sejak masuk industri. Tapi bila ada peluang, macam menjadi duta untuk produk tempatan, saya lihat peluang dan produk pun bagus, jadi saya akan ambil,” ujarnya.
Selain Hannah, drama Siti Rosmizah yang disiarkan di slot MegaDrama, Astro Ria turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail dan Dayang Areeda.
Must-Watch Video