Hannah Delisha Tak Sangka ‘Esok Masih Ada’ Kembali Tular – “Ada Juga Yang Tak Tahu Saya Yang Menyanyi”
Gembira Lagu Lama Kembali Tular
Menurut Hannah, dia gembira lagu tersebut kembali menjadi siulan ramai terutamanya di TikTok kerana usia lagu tersebut kini adalah 7 tahun.
“Memang dah lama dah move on dengan lagu tu. 7 tahun kot, kita hanya tentukan tetapi Allah yang tetapkan semuanya terjadi.
“Saya gembira ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu saya yang menyanyi lagu itu,” kongsinya kepada Gempak.
Selamba Tarik Lagu Lady Gaga
Ditanya mengenai video yang tular memaparkan Hannah menyanyikan lagu Shallow nyanyian asal Lady Gaga baru-baru ini, isteri kepada pelakon Imam Shah itu mengakui ia adalah nyanyian spontan.
“Itu menyanyi suka-suka saja, santai-santai karaoke.
“Sebab mereka buat kejutan hari lahir, tempat itu pula ada ruang karaoke, saya pantang nampak kalau ada ‘sound system’.
“Lagu Shallow itu mereka yang pilih. Saya pun tak sangka viral,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Di Hatiku Ada Kamu itu bersikap senang untuk berkongsi video cover nyanyiannya di TikTok demi peminat.
“Saya sedar yang bila post video cover nyanyi di TikTok akan membahagiakan peminat saya. Saya buat kerana mereka.
“Insya-Allah ada perancangan lagu baharu. Tetapi begitulah kita hanya merancang, yang menentukan hanya Dia saja.
“Saya cuba yang terbaik untuk hasilkan single baharu, bagi masa sikit,” tutupnya.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Hannah menyanyikan lagu Shallow secara spontan.