Laman Utama

Hannah Yeoh Approved! Jom Tonton Tayangan Perdana Gemencheh Boys Sebelum Ke Panggung!

Izwan Isa
24/10/2023
05:03 MYT
Bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Oktober ini, penonton boleh menyaksikan tayangan perdana Gemencheh Boys di saluran Youtube rasmi Astro Shaw.
Sudah boleh mula distrim sejak semalam, orang ramai juga juga boleh membuat pra-tempahan tiket secara online atau di kaunter panggung wayang bagi menonton naskhah arahan Jason Chong itu bermula hari ini. Klik pautan ini.
Sementara itu, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh turut meluangkan masa menyaksikan filem Gemencheh Boys menerusi majlis tayangan istimewa di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur semalam.
Sebuah adaptasi daripada peristiwa sebenar, Gemencheh Boys menampilkan kisah inspirasi sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.
Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.
Gemencheh Boys dengan tagline ‘no retreat, no surrender’ memaparkan kisah kanak-kanak dari kampung yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’. Terkenal dengan sifat nakal, bagaimanapun karakter mereka berubah apabila seorang guru memperkenalkan permainan kriket. Menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan, perjalanan pelajar-pelajar ini bersama gurunya menuju ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi.
Selain Jason, yang juga pemenang Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 2017, Gemencheh Boys turut mendapat sentuhan Eric Ong.
Filem ini membariskan pelakon Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utama.
Turut membintangi filem ini Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin dan Arumugam A/L Vedan.
Membabitkan kerjasama Astro Shaw dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, Gemencheh Boys bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober ini.
BACA: “Semua Tiada Pengalaman” - 6 Pelakon Utama Gemencheh Boys Dipilih Sendiri Oleh Pengarah Sebab…​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

gempak
18/07/2024
09:13 MYT
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Sukan

Pangsapuri Mewah Bernilai RM1 Juta Menanti Pemenang Emas Olimpik

gempak
17/07/2024
01:45 MYT
Pangsapuri servis mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam menanti atlet negara pertama memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
goldmovie

#Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!

gempak
10/07/2024
15:55 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan rasa tersentuh selepas menonton Gold, filem terbaharu terbitan Astro Shaw.
Hiburan

Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

gempak
06/07/2024
02:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.