Hiburan
Hantar 2 Biji Kontena Berisi Ubat, Makanan, Pakaian & Khemah, Alha Alfa Rancang Masuk Rafah – “Ini Merupakan Jihad Kecil Kami”
Usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa telah berangkat ke Rafah bagi menghantar sebanyak dua biji kontena bekalan kemanusiaan kepada saudara di Palestin yang terkesan dek tindakan zalim rejim Israel.
Datuk Alha Alfa turun padang
Jelas Alha atau nama lengkapnya Datuk Abdul Al Halim Al Fadzil, tujuan dia memilih untuk 'turun padang' adalah supaya dia dapat melihat sendiri bantuan tersebut selamat sampai ke tangan rakyat Palestin."Kami memegang amanah daripada para penyumbang, atas dasar itu kami dah memilih nak pegi sendiri dan melihat sendiri keadaan di sana dengan NGO lain yang kami bekerjasama dalam misi ini iaitu Cinta Gaza Malaysia dan AICT global.
"Saya akan berangkat ke Mesir pada 10 Jun ini sehingga 17 Jun untuk melihat apa keperluan-keperluan yang masih boleh kita usahakan selain dari apa yang sudah dibentangkan oleh rakan NGO kami. Kami ke sana ni bukan guna duit derma, ni duit saya sendiri."Ini merupakan bantuan kali kedua, yang pertama melalui air drop, kita bagi sumbangan melalui airdrop dan sekarang masih menunggu queue dalam masa terdekat mereka akan jatuhkan.
"Untuk kali ini, kami akan bawa dua kontena ubat, khemah pakaian dan makanan, katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, pengasas produk kosemetik tersebut turut memaklumkan bahawa dia merancang untuk masuk ke kawasan Rafah bagi memastikan proses pemberian bantuan kepada rakyat Palestin berjalan dengan lancar.
"Kalau kita nak masuk itu memang bukan mudah, tapi melalui connection saya ada mereka yang berada dekat sana katanya akan di buka pintu.
"Tapi dalam masa tarikh berapa haribulan itu saya tak boleh nak cakap setepatnya takut tak buka pula. Tapi dalam perancangan itu memang dalam masa kami ada dekat sana memang akan di buka.
"Tapi dia buka itu kami boleh masuk ke, tapi apa-apa pun yang penting saya akan pastikan kami berada di sana untuk memastikan semua sumbangan kita boleh masuk ke sana" ujarnya.
Dalam pada itu, Datuk Alha Alfa turut berharap agar usaha yang dilakukan ini dapat meraih kepercayaan orang ramai terhadap platform sumbangannya itu.
"Ini merupakah jihad kecil kami, sekurang-kurangnya kita boleh pastikan semua sumbangan selamat sampai.
"Dengan cara ini saya sendiri turun padang tunjukkan macam mana semua sumbangan yang mereka dah buat disalurkan.
"Sekiranya ada lagi bantuan-bantuan seperti ini sekurangnya adalah satu platform yang mereka boleh percayai, kita akan usahakan sehabis baik untuk menyampaikan.
"Sebab ada diluar sana yang ragu-ragu nak buat sumbangan tapi tak pasti samaada bantuan ini sampai atau tidak," tambahnya lagi.
Untuk info, pada 25 mei 2024 lalu, Alha Alfa dan Musolla Aisya telah membuka tabung bersamamu rafah 2024 sebagai satu usaha untuk membantu saudara-saudara di Rafah.
Hasil kutipan daripada rakan-rakan dan sumbangan korporat jumlah sumbangan yang terkumpul berjumlah RM 500,000.
Korang dah tengok filem The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Berita Trending: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji
Must-Watch Video