Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert

Maliah Surip
20/04/2024 05:08 MYT
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.

Myra Carvalho, 35, dijatuhi hukuman penjara 14 minggu selepas mengaku bersalah kerana mengintip Styles dengan cara ‘luar biasa’ sehingga memberi ancaman terhadap bintang tersebut.

Carvalho telah menghantar sekitar 8,000 surat kepada penyanyi lagu Watermelon itu hanya dalam tempoh kurang satu bulan!

Dia malah tinggal di sebuah hotel buat pengembara di Kensington dan Chelsea, sewaktu ‘misi mengintip’ bintang berusia 30 tahun tersebut.

Tindakan Carvalho membuat Styles berada dalam ketakutan sehingga tidak dapat memberi fokus yang baik setelah mendapat beribu-ribu surat daripada wanita tersebut.

Selain dipenjara 14 minggu, Carvalho juga diarahkan untuk tidak boleh hadir ke persembahan Styles dalam tempoh 10 tahun.

Dia juga dilarang melakukan sebarang bentuk ‘hubungan’ secara langsung atau tidak dengan Styles.

Pakar perubatan Carvalho bagaimanapun mendakwa wanita tersebut mengalami masalah gangguan mental dan berbuat demikian sewaktu berada dalam fasa manic.

Keluarga Carvalho yang berada di Brazil juga tidak mengetahui wanita tersebut telah pergi ke London sekaligus mengintip Styles.

BERITA TRENDING: Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh

PILIHAN PEMBACA: Harry Styles Dibaling Nugget Ketika Menyanyi!

PILIHAN PEMBACA: "Rasa Tak Selamat" - Ahirine Ahiruddin Takut Nak Keluar Rumah Sebab ...

#Viral #Konsert #Hollywood #Penjara #Stalker #Harry Styles #Surat #Pengintip
;