,
Hiburan

Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!

Umirah Halim
19/04/2024
06:30 MYT
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).

Ig Story Aliff Aziz

Menerusi hantaran tersebut Alif merakamkan dirinya tersenyum gembira sambil mengenyit mata.
Hantaran tersebut turut diiringi muzik berjudul 'Since You Been Gone' nyanyian Kelly Clarkson sebagai lagu latar belakang.
Lebih menarik perhatian lagi, apabila Aliff telah meletakkan lirik lagu tersebut seolah dia ingin menyampaikan bahawa mampu bernafas sejak sesorang itu sudah tiada.
"Bun since you been gone. I can breathe for the first time," tulis lirik lagu yang dipaparkan pada hantaran tersebut.

Bella Astillah buat POV

Bagaimanapun, pelakon Bella Astillah turut serta mencuri perhatian netizen setelah memuatnaik sebuah hantaran di akaun TikToknya.
Menerusi hantaran tersebut, Bella telah membuat video POV yang menyatakan reaksinya apabila ada pihak yang bertanyakan tentang pengganti baharu.
@bellaastillah_94 Bey to bang kan? ? #skintific #skintificmy ♬ bunyi asal - ???? ????? - Mark Juwey Shop
"POV: Bila makcik tanya dah ada pengganti ke," tulisnya di video tersebut.
Bella yang telah menggunakan muzik latar belakang lagu tular berjudul Cinta Setandan Pisang nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo seakan memberi gambaran bahawa dia menyuruh orang bersabar apabila disoal mengenai pengganti.
"Bea soba bea, bea rilek bea, jange jange wi jadi gegey," ujar Bella sambil lipsync.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ada netizen syak hantaran Bella itu seolah terkait dengan hantaran IG Story Aliff Aziz.
"Baru tengok Aliff Aziz punya IG story.
"Since u been gone katanya, lirik pun macam nak menyund*l balik.
"Ok done jadi nurnatizen. Gigih juga la skodeng IG," komen beberapa netizen.
Pada 9 Mac lalu, nama suami Bella, Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies . Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Berita Trending: “Tak Ada Apa Nak Ulas” - Aliff Aziz Ikut Semua Prosedur Jawi, Mahu Segera Selesaikan Kes Khalwat

Berita Trending: “Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?” - Bella Astillah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Heret Kucing Guna Tali Ditahan Polis

gempak
25/11/2024
06:20 MYT
Seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki melakukan penderaan terhadap kucing di sebuah kediaman di Jalan Klang Lama, di sini, pada Sabtu.
Viral

Perkhidmatan 'Marah Bos' Untuk Pekerja Stres

gempak
24/11/2024
14:55 MYT
Perkhidmatan unik itu meraih perhatian ramai setelah pempengaruh dikenali sebagai The Feedski yang mempunyai kira-kira 800,000 pengikut berkongsi video tentang perkhidmatan marah bos di TikTok malah meraih lebih 9.4 juta view.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar