Hiburan

“Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?” - Bella Astillah

gempak
Asyikin Mayudin
04/04/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?” - Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mempersoalkan kenyataan Aliff yang memaklumkan dirinya enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan dirinya.

BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?

BERITA TRENDING: ​Aliff Aziz Membisu, Keluarga Teman Datang Mahkamah!

BERITA TRENDING: "Masih Sayang..." - Aliff Aziz Tak Jadi Ceraikan Bella Astillah!

Bella berkata, Aliff sepatutnya menyimpan rahsia mengenai hubunganny dengan pelakon meningkat naik, Muaz Zabir sekiranya benar Aliff masih sayangkannya.
“Macam tadi dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak. Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya? Sedangkan saya simpan aib itu sampai ke mati,” katanya kepada Gempak.
Bella berkata demikian seusai proses sebutan kedua sebutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini enggan memberikan sebarang ulasan apabila ditanya mengenai tindakan Aliff enggan melafazkan cerai kerana menyimpan dendam.
“Wallahualam saya tak ada apa-apa komen mengenai perkara itu sebab kita tak tahu hati orang lain macam mana kan?” ujarnya.
Ketika ditanya adakah suaminya ada pulang ke rumah selepas kemelut yang berlaku, Bella memaklumkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara tersebut kerana sedang sibuk menguruskan anak-anak.

BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Perkara Yang Kurang Baik” - GPS & Recorder Antara Cara Bella Astillah Tahu Hubungan Aliff Aziz, Ruhainies

PILIHAN PEMBACA: “Saya Buat Banyak Kesilapan, Dia Juga Sama” - Aliff Aziz Mahu Pertahankan Perkahwinan Dengan Bella Astillah

Hari ini, mahkamah menetap 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan menceraikan Bella hari ini atas alasan masih menyayanginya.
Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Manakala Bella mengakui berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir buat kali pertama pada tahun lalu atas sebab mahu membuatkan suaminya yang ketika itu mempunyai skandal berasa cemburu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024