Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

Umirah Halim
05/09/2024 10:18 MYT
Akaun Instagram Astro Malaysia mendapat perhatian ramai apabila sembilan posting terkini kelihatan kabur dan sukar dibaca.

Jika diketik, kesembilan video yang dimuatnaik di akaun Instagram Astro Malaysia akan memainkan sedutan video daripada drama rantaian hebat Dari Mata Turun ke Hati.

Tapi, apa sebenarnya yang berlaku?

Untuk pengetahuan korang, Astro Malaysia IG blurry takeover ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai cabaran yang dihadapi golongan mempunyai masalah penglihatan.

Kehidupan Harian Golongan Penglihatan Terhad (Visually Impaired)

Segelintir masyarakat mungkin masih kurang faham terhadap apa yang dilalui golongan penglihatan terhad setiap hari.

Untuk info, hanya 10-15% golongan kurang penglihatan adalah buta sepenuhnya.

Manakala, 85% mengalami pelbagai bentuk masalah penglihatan yang menghadkan keupayaan mereka melihat dengan jelas.

Cabaran mereka berbeza-beza, sama ada dalam aktiviti harian termasuklah saat menikmati hiburan seperti menonton televisyen.

Cabaran ini adalah nyata dan golongan ini memerlukan sokongan serta pemahaman daripada kita semua.

BERITA TRENDING: Pertama Kali Pegang Watak Heroin, Arabella Teruja, Sanggup Potong Rambut Pendek - “Bila Bagitahu Mak Saya Risau..”

BERITA TRENDING: Akaun IG Digodam, Mierul Aiman Akui Kerja Terganggu - “Sekarang Pun Masih Cuba Untuk…”

BERITA TRENDING: Selepas Sebulan Bergelar Ibu Bapa, MK K-Clique & Isteri

BERITA TRENDING: “Hitam Sangat Hati Tu, Jealous Ke Wak” - Dikatakan Macam Mak & Anak Bila Berlakon Dengan Zack X Factor, Abby Abadi Tegur Sikap Netizen


Ciri Keterangan Audio (Audio Description):

Di Malaysia, mungkin ada yang belum terdedah dengan kewujudan ciri Keterangan Audio (Audio Description) untuk rancangan TV atau aplikasi streaming.

Jadi, Dari Mata Turun Ke Hati’ merupakan drama pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri ‘Keterangan Audio’ kepada para penonton.


Ciri-ciri ini menjelaskan tambahan elemen-elemen visual penting dalam penceritaan tentang apa yang berlaku di skrin, membolehkan golongan penglihatan terhad menikmati jalan cerita drama dengan sepenuhnya.

Sekadar info, Dari Mata Turun Ke Hati’ boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Barisan pelakon yang membintangi drama ini termasuk Mierul Aiman (played Jai), Arabella (played Iris), Azhar Sulaiman, Kimberly Chuah dan ramai lagi.

#Astro #Instagram #Malaysia #Godam #Kabur #Sebab #dari mata turun ke hati