,
Hiburan

Pertama Kali Pegang Watak Heroin, Arabella Teruja, Sanggup Potong Rambut Pendek - “Bila Bagitahu Mak Saya Risau..”

Umirah Halim
13/08/2024
09:55 MYT
Naib Juara Hero Dewi Remaja 2023, Arabella Ellen akui teruja dapat bergandingan dengan aktor Mierul Aiman dalam naskhah terbaharu berjudul Dari Mata Turun Ke Hati.

Tak mudah pegang watak Iris Sofea

Berkongsi pengalamannya menjayakan watak sebagai Iris Sofea, Arabella yang mesra disapa Bella turut mengakui tidak mudah untuk menjayakan watak sebagai seorang wanita separa buta.
BERITA TRENDING: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman
BERITA TRENDING: Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah
“Saya teruja dengan projek ini, ini adalah pengalaman yang baik sebab Mierul juga seorang yang berpengalaman dan banyak projek yang dia dah berlakon, masa Project High Council keluar pun saya memang nak bekerja dengan dia dan sekarang akhirnya saya dapat peluang bekerja dengan Mierul Aiman.

“Susah juga untuk melakonkan watak itu, sebab saya baru. Hasilkan projek ini dalam umur 19 tahun agak susah dan memegang watak heroin untuk Megarama.

“Membawa watak sebagai seorang yang buta itu juga bukan tugas yang mudah,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Dari Mata Turun Ke Hati yang berlangsung di TGV One Utama pada malam Isnin.

Sanggup potong rambut

Menggalas watak sebagai Iris, Bella juga sanggup memotong rambutnya bagi memenuhi pembentukan karakter yang dipegang dalam drama tersebut.
“Untuk projek ini, saya potong rambut saya untuk watak Iris. Saya tidak kesah untuk memotong rambut saya untuk apa-apa projek. Bagi saya ini adalah kerja. Saya juga dah lama tak potong rambut pendek, kali terakhir sewaktu saya kecil.
BERITA TRENDING: Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri
BERITA TRENDING: Jiggy Hilang Sabar! Berang Netizen Melampau ‘Edit’ Gambar Dhabitah Sabri - “Let’s Give You The Limelight That You Want…”
“Bila saya bagitahu mak saya, mak saya risau sikit sebab taktahu rupa saya macam mana dengan rambut pendek. sebab saya dah lama tak potong rambut pendek,” kongsinya.

Sinopsis:

‘Dari Mata Turun ke Hati’ mengikuti kisah kehidupan Jai, seorang remaja nakal yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Iris Sofea. Iris mempunyai masalah penglihatan yang dipanggil Amblyopia dan hanya dapat melihat sesuatu yang berada sangat dekat dengannya. Iris mengharungi kehidupannya menggunakan tongkat putih sehingga suatu hari, dia secara tidak sengaja menyerang Jai yang berjalan melulu di atas blok Braille yang digunakannya.
Selepas kejadian itu, Jai dan Iris menjadi lebih rapat sehingga kedua-duanya mengenali antara satu sama lain dan akhirnya, saling jatuh cinta. Jai melakukan segalanya untuk menyenangkan Iris selepas mengetahui tentang penglihatannya. Namun, perbezaan masing-masing merumitkan hubungan mereka.
Jai dan Iris kini perlu memilih untuk mengatasi masalah ini demi cinta mereka, atau mengambil haluan masing-masing. Penceritaan drama ini turut berdasarkan daripada drama “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Yuko Matsuda dan diterbitkan oleh Nippon TV.
‘Dari Mata Turun Ke Hati’ akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi slot MegaDrama, bermula 12 Ogos 2024, jam 10 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

gempak
08/08/2024
01:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
Selepas sekian lama mendiamkan diri, akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali 'hidup'.