,
Hiburan

"Hantaran Pun Barang Kelengkapan Umrah" - Sasha, Sirhan Tunai Umrah Sekali Dengan Bulan Madu

Amri Hassan
23/01/2020
05:20 MYT
Bakal mengotakan janji kepada suami, penyanyi Sasha Saidin akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan hadapan.
Kata Sasha, pada masa sama mereka akan menunaikan umrah bersama-sama sebagai hadiah bulan madu mereka.
"Kami akan menunaikan umrah di Makkah pada bulan hadapan memandangkan cuaca ketika itu baik dan dingin.
"Itu juga sebagai tanda syukur kami kepada Allah kerana mempermudahkan urusan perkahwinan kami.
"Kerana itu juga, barang-barang hantaran pada majlis pernikahan kami merupakan persiapan untuk menunaikan umrah nanti," katanya.
Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di The Sanctuary, Kuala Lumpur jam 9.28 malam Isnin lalu.
Bekas anggota kumpulan Elite itu dinikahkan adiknya juga pelakon, Zain Saidin di hadapan keluarga dan rakan terdekat.
Pada majlis itu, Sasha menerima mas kahwin RM1,000 berserta tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran RM10,000, manakala pihak perempuan menyerahkan lima dulang.
Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.
Pada 2007, dia berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ditanya Tentang Zuriat, Ini Jawapan Watie - “Saya Ambil Keputusan Untuk Jaga Anak-Anak Yang Ada Dulu”

gempak
26/06/2023
07:50 MYT
Pasangan pengantin baru, Shuib dan Watie Hanifiah mengambil keputusan untuk berbulan madu di Turki bersama anak-anak.
Laman Utama

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu

gempak
25/06/2022
09:00 MYT
Suka tengok Britney dengan suami dia, comel je.
Laman Utama

Syura Honeymoon Kat KL Jer, Vicha Hadiahkan Bilik Hotel Sebelah-Sebelah

gempak
01/02/2022
08:50 MYT
Sweetnya!
Laman Utama

Mira Filzah Rancang Sambung Bulan Madu Di Eropah, Teringin Nak Main Salji Di Finland - "Sejak Kahwin Tak Sempat Nak Cuti Bersama"

gempak
11/12/2021
04:50 MYT
Bon voyage Mira & suami!
Laman Utama

“Niat Saya Nak Kembali Ke Makkah Bersama Suami” - Kamal Adli & Uqasha Senrose Mahu Tunai Umrah

gempak
08/12/2021
10:41 MYT
Selamat menunaikan umrah.
BorakSeeni