Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hantaran Viral Mengenai Guru Wanita Didakwa Bercinta Dengan Pelajar Dipadam? Ini Sebabnya…

Gempak
24/03/2024 06:00 MYT
Kecoh baru-baru ini mengenai kes seorang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) didakwa menjalin hubungan bersama seorang pelajar tingkatan 5.

Peguam Keluarga Nasihat Padam Hantaran

Bagaimanapun terbaharu, kakak pelajar tersebut yang dikenali sebagai Bellinda telah bertindak memadam hantaran mengenai pendedahan hubungan adiknya itu atas nasihat keselamatan oleh peguam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Peguam keluarga kami menasihatkan kami untuk menurunkan hantaran itu untuk melindungi individu tertentu.

“Kami juga telah menerima maklum balas daripada beberapa badan yang dihormati dan akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi.

“Kami amat menghargai sokongan dan perhatian yang kami terima daripada netizen mengenai isu penting ini. Terima kasih semua atas sokongan anda yang luar biasa!,” balas nya ketika salah seorang netizen menyoal apa sebab memadam hantaran tersebut.

Netizen Nasihat Selesai Isu Tanpa Aibkan Sesiapa

Menjengah ke ruangan komen wargamaya dapat dilihat ada netizen yang memberi nasihat dan bersetuju supaya isu ini diselesaikan tanpa menyebarkan aib mana-mana pihak.

“Baik-baik circle dia je tahu problem adik dia, ni nak jugak hebahkn aib keluarga dekat satu Malaysia. Dia kata adik dia nak SPM, nak selamatkan adik dia, ni dah malukan adik dan satu keluarga. Boleh selesai masalah ke? Nak raya ni kak, ramai sedara datang rumah nanti.

“Sepatutnya tak okey untuk dedahkan orang lain pada X, sebab dua-dua pihak akan terima akibat. Melainkan korang guna akaun anonymous haha tapi susah pulak nak dapat engagement.

“Aku pun tak setuju cara viral kat media sosial dan siap tak cover muka adik dia tu. Tapi faham dia dah terdesak. Adik dia memang tak makan saman,” luah beberapa netizen.

Terpaksa Viral Untuk Beri Kesedaran

Menerusi perkongsian terdahulu yang dimuat naik oleh kakak pelajar lelaki tersebut, dipercayai dia dan keluarga telah memberi amaran kepada guru wanita berkenaan agar tidak menggangu pelajar tersebut namun mereka masih lagi menjalinkan hubungan.

Bellinda juga difahamkan terpaksa menularkan tindakan guru berkenaan kerana guru tersebut dipercayai masih lagi menjalinkan hubungan dengan adiknya walaupun laporan polis sudah dibuat.

Selain itu, beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan guru berkenaan dengan remaja berusia 16 tahun itu juga didedahkan bagi membuktikan mereka memang menjalinkan cinta walaupun pendidik tersebut merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata.

Bagaimapun, hantaran yang dibuat oleh kakak pelajar tersebut sekarang sudah dipadam dan akaun-akaun media sosial guru terbabit juga ‘hilang’ selepas dirinya tular di media sosial.

Berita Trending: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar Yang…

Berita Trending: Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Tak Hirau Lepas Kahwin Lain… Wanita Dua Anak Ini…

#Viral #Cinta #Netizen #sekolah #Guru #Pelajar #Hubungan #SMK #Jalin
;