Viral

"Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar Yang Didakwa Dibelasah Di Asrama?

gempak
Umirah Halim
23/03/2024
21:00 MYT
Sponsor Banner
"Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar Yang Didakwa Dibelasah Di Asrama?
Kecoh baru-baru ini apabila seorang pelajar daripada sebuah sekolah menengah jenis vokasional maut didakwa dibelasah beramai-ramai dalam asrama.
Terbaharu, menerusi hantaran di platform Facebook, seorang individu telah berkongsi satu hantara dikatakan kronologi mengenai kejadian tersebut.

Mangsa didakwa dipukul, dibuang dari tingkat 2

Menurut individu tersebut, mangsa dipercayai telah dipukul dan dibuang dari tingkat 2 sebelum dibawa masuk ke bilik dorm dan dibiarkan sehingga warden membuat pemeriksaan seperti biasa. "Dah pukul pelajar tu, dibuang pula dari tingkat 2, kemudian dibawa masuk ke bilik dorm, dipakaikan baju sekolah dan stokin seterusnya dibiarkan sehingga warden datang check seperti biasa. Ini bukan kelakuan manusia normal," kongsi individu tersebut.

Terkenang anak dekat asrama

Dalam pada itu, individu tersebut turut meluahkan rasa kecewa terhadap si pelaku yang tergamak bertindak sekejam itu dan turut terkenang akan anaknya yang turut berada di asrama.
"Nauzubillahminzalik Allahuakbar. Ketar tangan aku baca kronologi kes ni. Tergamak bunuh anak orang. Mak ayah hantar dia pergi belajar anak elok dan sihat. Sampai jadi mayat pukul dia.
"Mana pergi hati kasih sayang sesama insan manusia zaman sekarang. Bulan puasa syaitan kena ikat korang pulak ambil alih perangai tu.
"Anxiety terus saya, teringat anak dekat asrama, allahuakbar," luah individu tersebut.

13 pelajar ditahan bantu siasatan

Dalam pada itu memetik laporan Bernama, setakat ini 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan.
Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan pihak polis juga sedang menjalankan siasatan secara terperinci secara telus,” katanya.
“Polis turut merampas satu alat pengecas telefon pintar dipercayai berkait dengan siasatan kes,” tambahnya menerusi kenyataan baru-baru ini.
Sekadar info, kejadian menyayat hati tersebut difahamkan berlaku di Lahad Datu Sabah.
Sumber: Bernama

Berita Trending: Pelajar Kolej Vokasional Ditemukan Meninggal Dunia, 13 Ditahan Bantu Siasatan

Berita Trending; Lelaki Kongsi Cerita Rakan Kerja 'Offshore' Masih Memilih Untuk Bersama Isteri Walaupun Empat Daripada Enam Anak Bukan Anak…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live