Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

'Hantu' Murung Menakutkan Pengguna Jalanraya Dicekup Polis

Ernalisa
19/08/2024 06:00 MYT
Kerisauan pengguna dengan wujudnya 'hantu' di laluan Jalan Austin Height Utama dekat Johor Bahru berakhir apabila jelmaan 'hantu' yang menakutkan pengguna dilaluan itu akhirnya dicekup polis.

Kerisauan pengguna dengan wujudnya 'hantu' di laluan Jalan Austin Height Utama dekat Johor Bahru berakhir apabila jelmaan 'hantu' yang menakutkan pengguna dilaluan itu akhirnya dicekup polis.

Wanita berusia 31 tahun yang dikatakan menjadi 'hantu' sehingga menimbulkan kerisauan pengguna itu juga dikatakan mempunyai rekod kemurungan.

Bagaimanapun, hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif daripada pengaruh dadah,” katanya.

"Hasil siasatan mendapati modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menendang kenderaan yang melalui Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru dengan tujuan untuk mengakibatkan kemalangan terhadap dirinya dan kemudiannya memeras wang daripada orang yang melanggarnya.


BERITA TRENDING : “Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

BERITA TRENDING :"Kita Hidup Untuk Sukan, Untuk Negara... Keluarga Pun Nombor Dua" - Azizulhasni Awang

BERITA TRENDING : "Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

BERITA TRENDING : SHERRY DITENDANG MASUK LONGKANG | Pintu Belakang Gimme The Mic Malaysia


"Semakan rekod perubatan mendapati, pada 2022 dan 2023, suspek telah dimasukkan ke zon kuning, Hospital Sultan Ismail (HIS), Johor Bahru disebabkan terlibat dalam kemalangan dan mengalami kemurungan," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita terbabit ditahan oleh unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Setia Indah, sekitar jam 10.51 malam hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai.

“Pada 27 Julai lalu, sekitar jam 12.30 tengah hari, IPD Johor Bahru Selatan telah menerima satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang individu wanita (menyamar hantu) bertindak menyergah kenderaan awam di tepi Jalan Austin Heights.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kes jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dihukum denda RM1,000 pada 27 Jun 2018.

"Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut dan pada Ahad, suspek dibawa ke HIS bagi pemeriksaan kesihatan," kata Raub pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

Kes ini juga boleh disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987 yang memperuntukkan kesalahan kepada pejalan kaki yang tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan.

Selain itu, kes boleh juga disiasat di bawah Peruntukan 23, Peraturan-Peraturan Lalu Lintas1959 yang memperuntukkan tanggungjawab pejalan kaki untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan mengganggu laluan kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda atau amaran.
#Hantu #Polis #Murung #dikeup