Tular baru-baru ini sekeping gambar memaparkan seorang petugas barisan hadapan atau frontliner yang kepenatan membawa keranda mayat.

Keranda itu dikatakan dibawa bagi menguruskan pengebumian mayat Orang Asli di Jeram Kedah, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Menurut petugas berkenaan yang dikenali sebagai Aliff, dia berpeluang menguruskan kematian pesakit COVID-19 dari Orang Asli yang bukan Islam.

“Dengan berat keranda dan mayat, dengan perjalanan yang agak jauh lebih kurang 1 kilometer untuk sampai ke tempat perkuburan.

“Dua kali kita orang berhenti berehat tapi alhamdulillah..semuanya selesai,” katanya menerusi satu posting Facebook baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut petugas tersebut turut memuat naik video pendek memaparkan sedikit sebanyak perjalanan mereka ke destinasi Orang Asli.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan pengorbanan petugas berkenaan.

Rata-rata mereka dilihat terharu kerana petugas berkenaan terpaksa melalui jalan hutan dan perlu berjalan kaki.

“Besar pengorbanan mereka kali ini”.

“Bayangkan terpaksa berjalan kaki, hanya Allah saja balas jasa baik.”

“Kenapa tak pakai helikopter,” tulis beberapa netizen.