"Hanya Ambil 'Nyawa' Sedikit" - Pengarah Dedah Filem Jebat Tak Sama Dengan Drama

ZULHILMI JALIL
September 1, 2020 05:33 MYT
Pengarah filem Jebat, Jamal Khan mendedahkan bahawa jalan cerita karya arahannya itu bukanlah kesinambungan daripada drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang menampilkan gandingan Sharnaaz dan Nelydia.
Justeru, katanya, penonton masih lagi boleh memahami keseluruhan filem tersebut sekalipun mereka tidak pernah mengikuti drama 59 episod yang menmapilkan Sharnaaz sebagai Jebat sebelum ini.
"Kami hanya ambil 'nyawa' sedikit. Tak ada kena mengena pun dengan drama. Memang total lain daripada versi episod sebelum ini.
"Dulu sewaktu buat brainstorm, team saya yang terpilih untuk idea jalan cerita itu. Memang syaratnya jangan berbentuk episodik, kita cipta jalan cerita sendiri," katanya kepada Gempak.
Menurut Jamal lagi, dia mengakui berasa teruja apabila karya yang sudah menjalani penggambaran lebih tiga tahun yang lalu itu akhirnya menemui penonton.
"Memang agak mencabar kerana penggambaran banyak tempat, sentiasa bergerak-gerak dari satu tempat ke tempat lain.
"Cuma, saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang memang daripada orang yang biasa buat filem, saya sahaja orang drama," katanya yang juga merupakan pengarah drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat
Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, apa kata layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.
BACA: Nak Lepas Rindu Tengok Sharnaaz, Nelydia? Jom 'Marathon' Layan Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Di Gempak!
Selain Sharnaaz dan Nelydia, Jebat turut mengetengahkan beberapa watak baharu antaranya, Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Sangeeta Krisnasamy dan Louisa Chong.
Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.
Pada masa sama Jebat cuba menyembunyikan kehidupan lampaunya sebagai kaki gangster daripada isteri (Nelydia Senrose) tercintanya apabila hidupnya masih diganggu konco-konco gangster.
Nak tahu apa yang terjadi kepada mereka berdua? Jangan lupa saksikan filem Jebat di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480 bermula 3 September 2020.
Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Filem #Filem #Jebat #Pengarah'