,
Gaya Hidup

“Hanya Belajar Melukis Daripada YouTube” - Baru Berusia 11 Tahun, Cantiknya Lukisan Kanak-Kanak Ini!

Azwa Rahman
03/06/2020
05:15 MYT
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menunjukkan bakat melukisnya sehingga tular di laman sosial.
Menerusi laman sosial Twitter, hasil lukisan Amir Addeen Mohamad Abduh menerima pujian ramai setelah dikongsi oleh sepupunya, Khairul Anwar Yakob.
“Tangan keras nak lukis aku ni memang jealous teruk dengan cousin kecik aku ni, impian nak jadi animators katanya,” tulis Khairul Anwar menerusi satu kicauan.
Tambah Khairul lagi, Amir memang minat melukis dan mengambil inspirasi dari Gawx Art.
Selain kertas, Amir dilihat sering menunjukkan hasil seninya di atas permukaan kasut serta casing telefon pintar.
“Dia tak masuk kelas melukis pun, semuanya dipelajari sendiri melalui tutorial di laman YouTube,” jelas Khairul Anwar kepada Gempak.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, lukisan kreatif Amir ternyata menambat hati wargamaya.
“Lebih baik Uniqlo berkolaborasi dengan budak ni buat baju UT Collection,” ujar seorang wargamaya.
“Nice one kid! Bro kalau boleh pesan dengan keluarga dia tolong guide betul-betul ke arah animators tu. Kalau tak sure, tanya. Kita ada WAU, Les Copaque dan banyak lagi yang nak membantu,” sokong seorang wargamaya.
“Gud luck adik! Nice teruk ni. Akak dulu lukis org lidi pun hodoh,” usik seorang wargamaya.
“Cantikk! Kalau dah besar dan diteruskan bakat ni inshaAllah murah rezeki dia dalam bidang seni nanti Aamiin!” komen seorang wargamaya lagi.
“Dia punya lukisan nampak sangat hidup dan very colourful. Sumpah adik boleh pergi jauh,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto-foto lukisan Amir telah menerima hampir 8,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Agenda Industri Kreatif Akan Dibincangkan Dengan Kementerian

gempak
01/10/2024
05:25 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan mencadangkan agenda melibatkan industri kreatif untuk membentuk kerjasama penerbitan filem serantau dengan negara-negara Asia Tenggara kepada kementerian berkaitan.
Gaya Hidup

Kesuma Juara Zon Tengah Festari Malaysia 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM3,000

gempak
29/07/2024
15:52 MYT
Kumpulan Kesuma dinobatkan sebagai johan zon tengah Festival Tari Malaysia 2024, menumpaskan lapan pasukan lain yang bertanding tahun ini.
Hiburan

Usanita Jalin Kerjasama Kreatif Indonesia-Malaysia, Erma Fatima Optimis Kembalikan Kegemilangan 80-an, 90-an! - "Kedua-Dua Negara Punya Kekuatan"

gempak
02/07/2024
17:07 MYT
Usanita Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi indutri kreatif.
Viral

Majlis Persaraan Guru Besar Bertemakan Lapangan Terbang! Netizen Puji Kreativiti Sekolah - “Lain Daripada Lain”

gempak
04/02/2024
03:20 MYT
Ini memang kreatif!
Laman Utama

[FOTO]: Tak Sangka Tulisan Cantik Text Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia Ini Hasil Air Tangan Emma Maembong

gempak
22/09/2022
08:00 MYT
Cantiknya tulisan Emma.
Unitar