Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hanya Dapat RM15 Sehari, Pak Cik 'Tukang Kasut' Sayu Dibantu Penyampai Radio ERA - "Dia Minta Tolong Kami Promosikan..."

Ernalisa
21/08/2024 10:06 MYT

Perasaan tukang kasut yang dikenali sebagai pak cik Ujang Samsudin bertukar menjadi ceria apabila dia dikunjungi penyampai radio ERA iaitu Haziq Hussni, Shasha Nadira dan Fazziq Muqris pada petang Rabu.

Menurut Shasha, mereka terpanggil untuk membantu pak cik Ujang mempromosikan perniagaan kecilnya yang sebelum ini menjadi tular berikutan hanya mendapat RM15 sehari.

Katanya, mereka mengambil pendekatan turun padang untuk bertemu sendiri warga emas yang setia menjadi peneman kaki lima di Bandar Baru Ampang itu sejak tiga tahun lalu.


"Kami berasa berat hati kalau tak tolong pak cik ni. Jadi, kita macam cuba datang sini dan tolong Pak Cik Ujang buat promosi. Semoga dapat membantulah.

BERITA BERKAITAN : Isteri Pemain Bola Curang, ‘Sondol’ Kekasih Kawan Baik Sendiri & Ada Video Intim

BERITA BERKAITAN : 'Janda Muda' Hadiah Panjat Batang Pinang

BERITA BERKAITAN : Siap Nak Buka Seluar Tunjuk ‘Anu’, Aliff Syukri Ketakutan Diganggu Warga Asing - “Dia Bawa Pisau..”

BERITA BERKAITAN : "Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

"Sebenarnya sebelum ini banyak ERA dah turun dan tolong... cuma kami jarang nak post, tetapi kali ni dengan Pak Cik Ujang memang kami post, sebab dia pun izinkan dan memang minta tolong kami promosikan.

"Insya-Allah saya memang mengharapkan Pak Cik Ujang dapat ramai lagi pelanggan supaya dapat membantu diri dia sendiri untuk teruskan hidup," kata Shasha kepada Gempak.


Sebelum ini, Pak Cik Ujang pernah menjadi tular ekoran tertidur di kaki lima ketika menunggu pelanggan.

Pak Cik Ujang yang ketika itu disapa individu menularkan videonya iaitu Jimmy Goh meluahkan hasratnya agar dapat membantu mengiklankan perusahaan yang dilakukan memandangkan dia tidak memiliki sebarang laman sosial.

#DJ #Era #Kasut #Bantu #tukang