Hiburan

Siap Nak Buka Seluar Tunjuk ‘Anu’, Aliff Syukri Ketakutan Diganggu Warga Asing - “Dia Bawa Pisau..”

gempak
Umirah Halim
21/08/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Siap Nak Buka Seluar Tunjuk ‘Anu’, Aliff Syukri Ketakutan Diganggu Warga Asing - “Dia Bawa Pisau..”

Usahawan sensasi, Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila diganggu oleh individu tidak dikenali dipercayai merupakan warga asing.

Terkejut disergah individu tidak dikenali

Menerusi video tersebut dapat dilihat tindakan seorang individu bertindak kurang sopan apabila cuba membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya.

Perbuatan tersebut sempat dirakamkan Aliff dan dimuatnaik di akaun Instagramnya.

“Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun daripada parking ada orang daripada luar datang sergah kereta saya,” tulis Aliff.

Sementara itu, Aliff turut meluahkan rasa takut dengan situasi yang dihadapi dan meminta agar orang ramai berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

BERITA TRENDING: Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan
BERITA TRENDING: Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga
BERITA TRENDING: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”
BERITA TRENDING: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”

“Mohon berhati-hati. Sumpah saya takut siapa yang pernah kena macam saya ni?

“Saya takut lah kenapa banyak sangat orang asing macam ni, dia siap bawa pisau salip kat tngan kiri dia, bahaya sekarang lokasi di the stand kota damansara,” tambahnya lagi.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut meluahkan kerisauan dengan situasi yang dihadapi Aliff.

“Kerajaan tolong buat sesuatu dengan warga asing ni.

“Seram dah Malaysia sekarang.

“Makin melampau warga asing sekarang, paling teruk sampai sanggup bunuh, hati-hati la korang negara ni dah macam kena jajah dengan warga asing.

“Lain kali jangan buka tingkap Datuk, takut nanti dia ada bawak acid ke apa kan, nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan,” komen beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024