“Hanya Dia Yang Ada Gambar Saya Dan Muaz” - Bella Akui Khilaf, Hanya Mahu Buat Aliff Cemburu
Mya Amri
03/04/2024 11:02 MYT
03/04/2024 11:02 MYT
Tidak menyorokkan isu tular mengenai dakwaan mempunyai hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir, aktres Bella Astillah membuat pengakuan tentang perkara itu.
Bagaimanapun, Bella berkata tujuan asal dia bersama Muaz adalah semata-mata membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu yang ketika itu curang dengan dua orang wanita.
“Sebenarnya sejak semalam saya mengetahui perkara ini semalam dari rakan-rakan terdekat dan netizen pun bercakap.
“Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?
“Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.
“Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain yang tak perlu saya sebut nama.
"Saya nak perhatian dia dan dengan cara itu saya harap dia beri perhatian dan cemburu,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis Iftar Ravaka yang berlangsung di K-Town Korea BBQ, Bukit Jelutong pada Rabu.
Justeru, Bella akui niatnya itu mungkin kurang baik dan dalam pada masa mahu membuat suaminya cemburu, dia melakukan kesilapan dan hubungan mereka berlaku pada tahun lalu dan diketahui oleh Aliff dan juga keluarga.
“Budak lelaki ini baik dan bila kita tak rasa dihargai, dan rasa macam sampah jadi bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa, dan ini adalah kesilapan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya bersama dengan Aliff.
“Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya dengan Aliff sahaja tapi dengan keluarga di Singapura, dan keluarga saya juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Penang jadi tiada masalah apa-apa.
“Aliff pun sudah letak penutup di situ dan katakan dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia hargai saya. Saya pun fikir saya buat kesalahan dan kena taubat.
“Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,” katanya.
Bella berkata apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran bersama Ruhainies.
“Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar password. Jadi mungkin mereka nak menutup kes khalwat itu, mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.
“Di mana Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.
“Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban,” katanya.
Terdahulu, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.
"Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit," tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Pendedahan yang dibuat akaun itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.
Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.
Pada hantaran sama, akaun itu turut memuat naik swafoto mereka yang kelihatan begitu romantis.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.Berita Trending: Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baharu, Netizen Tetap Sokong Bella - “Aliff Boleh Buat Kenapa Dia Tak Boleh”

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.