Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hanya Gambar 'Photoshop', Ramai Ingin Jatuhkan Haqiem Rusli

Zulaikha Yusof
19/03/2019 03:54 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli menyatakan dia tidak mengetahui kenapa ramai orang ingin menjatuhkan dirinya.

Menurut Haqiem niat dia menceburi bidang nyanyian adalah untuk menggembirakan peminat serta memberi kebahagiaan kepada ibu bapanya.

"Saya tidak tahu kenapa ramai orang ingin menjatuhkan diri saya.

"Sudah cukup apabila saya melakukan kesalahan, saya memohon maaf kepada semua. Saya tidak tahu apa lagi yang mereka inginkan.

"Niat saya sebagai seorang penyanyi adalah untuk menghiburkan peminat serta memberi kebahagiaan kepada ibu bapa saya," katanya kepada Gempak.

Haqiem ditemui ketika majlis E! Samsung Galaxy Party yang diadakan di W Hotel Kuala Lumpur, semalam.

Tambah pelantun lagu Selamat Tinggal Sayang, dia mengharapkan orang ramai tidak mudah percaya memandangkan sekarang ini banyak gambar yang disunting (edit).

"Gambar itu hanya 'photoshop', itu sahaja yang boleh dijawab.

"Bagi saya sekarang ini banyak gambar yang disunting (edit) justeru jangan mudah percaya.

"Mula-mula saya berniat untuk melakukan laporan polis namun apabila difikirkan balik jika tidak bersalah tidak perlu berbuat sedemikian.

"Saya anggap siapa yang pandai akan memikirkan sendiri mengenai kebenaran foto tersebut," katanya lagi.
#Penyanyi #Penyanyi #Haqiem Rusli
;