Peminat K-Pop dikejutkan sekali lagi dengan berita mengenai kisah percintaan antara anggota kumpulan TWICE, Momo bersama Super Junior, Kim Heechul.

Berita tersebut hangat diperkatakan sehingga kini selepas seorang lagi anggota kumpulan TWICE, Jihyo disahkan bercinta dengan bekas kumpulan WANNA ONE, Kang Daniel semalam.

Bagaimanapun berita mengenai percintaan Momo dan Heechul itu dinafikan oleh agensi pengurusan masing-masing.

JYP Entertainment dan SJ Label telah mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

“Spekulasi mengenai hubungan cinta pasangan berkenaan sama sekali tidak benar. Hubungan mereka hanyalah sekadar teman rapat sebagai junior dan senior dalam industry, tidak lebih daripada itu,” – JYP Entertainment.

“Hubungan rapat antara Super Junior Heechul dan TWICE Momo hanyalah sekadar hubungan sebagai junior dan senior sahaja. Tidak lebih daripada itu,” – SJ Label.

Difahamkan sebelum ini Heechul sememangnya meminati Momo dan sering berasa gementar jika bertemu dengan wanita berkenaan terutamanya dalam rancangan variasi.

Sumber: Allkpop