HIBURAN
Pertama Kali Berjauhan Dalam Tempoh Lama, Amyra Rosli Sebak Beri Ucapan Untuk Amar Baharin - “Apa Pun Saya Doakan Suami…”
Tular video memperlihatkan pelakon Amyra Rosli yang kelihatan gagal menahan rasa sebak ketika memberi ucapan buat suami, aktor Amar Baharin yang memulakan misi berbasikal ke Tanah Suci, pada 27 April lalu.
Emosi terganggu
Mendoakan perjalanan suami dipermudahkan, Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkata, emosinya sedikit terganggu kerana pertama kali berjauhan dengan Amar untuk tempoh yang lama.
"Ini adalah pertama kali saya akan berjauhan dengan suami untuk tempoh yang lama. Saya tidak patut berucap sekarang ini kerana emosi saya sedikit bercelaru.
"Apa pun saya mendoakan suami dan rakannya dalam misi ini sebagai musafir agar mereka sentiasa dilindungi-Nya.
"Sama-sama kita semua doakan mereka, semoga Allah lindung mereka bermula hari bertolak sampai ke destinasi yang ingin dituju,” kongsinya.
Sebelum ini, Amar memaklumkan terpaksa terpaksa menukar laluan perjalanan bagi misi berbasikal ke Tanah Suci susulan konflik yang sedang berlaku di sempadan Pakistan dan India ketika ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Ramping, Amyra Rosli Selesa Dengan Berat Badan Kini - “Kalau Kurus Sangat Pun…”
ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin Bakal Tinggalkan Keluarga 3 Bulan, Amyra Rosli Percaya Suami Pandai Jaga Diri - “Awalnya Memang Tak Boleh Terima…”
ARTIKEL BERKAITAN: Setelah 13 Tahun Berlarutan, Akhirnya Amar Baharin Lega Isu Tanah Dapat Diselesaikan - "Kami Sudah Pun Dipanggil Untuk..."
Menurut pemilik nama lengkap Amar Mohd. Baharin, keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan selain menyifatkan ada hikmah atas apa yang terjadi.
Terdahulu, Amar memberitahu bakal menjayakan misi berbasikal Kembara Makkah bersama rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Amar dan Muqharabbin dijangka memulakan kayuhan mereka dari Perlis sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi. Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.
Must-Watch Video