Bahagia yang baru dikecap terenggut dek sebuah kehilangan. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang berkongsi kisah menerusi sepotong video di platform TikTok.

Menerusi video berkenaan, wanita itu berkongsi perasaan yang dialami selepas dia diajak oleh ibu mertuanya untuk mengambil kad nikah hanya selepas suaminya sudah kembali ke pangkuan Ilahi akibat kemalangan.
@babymoshiey_

Balik la , bukan ke ini yg u tnggu sejak kite kahwin haritu ?

♬ bunyi asal - Baby~

“Time ni tangan shaking, sedih sangat hati ni. Ambil kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya… tapi aku tak turun… mama yang ambil. Sayu hati tengok mama yang cuba kuat terima kenyataan anak yang baru dia tengok bahagia sekarang dah tak ada.

Kemudian, usai mengambil kad nikah anak dan menantunya, ibu mertua kepada wanita berkenaan memberitahunya kenapa bukan si isteri yang pergi ke pejabat untuk urusan tuntutan kad.

“Ebby orang tu tanya mama, mana pengantin kenapa mak yang ambil. Mama punyalah tak nak dia orang tanya, mama tak kuat nak jawab.” kongsi ibu mertuanya.

Wanita itu mengakui yang sungguhpun pahit untuk menelan kenyataan hanya bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai selama 18 hari sahaja, namun dia harus terus kuat di hadapan ibu kepada suaminya.

“Ya Allah, peritnya kenyataan. Aku harus berpura-pura kuat depan mama. Sakitnya ujian Mu kali ini Tuhan. Kenyataan yang tak mampu aku gambarkan bagaimana sakitnya untuk pujuk hati terima.

Kemudian, wanita itu turut melawat pusara suaminya sambil menulis: “Hi, I datang ni. Harini I dengan mama, pergi ambil kad nikah kita sayang. Benda ni lah yang you tunggu-tunggu untuk ambil start dari kita kahwin kan? Ini bukti cinta you pada I. You halalkan I sebelum you pergi.

“Tengok inai dekat kuku I pun masih tersisa. I isteri you sayang… I’m your wife! Tunggu I dekat syurga,” katanya lagi.