Laman Utama
“Hanya Tinggal Tunggu Ke Pejabat Agama”- Kahwin Tak Lama Lagi, Haqiem Rusly Cipta Lagu Buat Bakal Isteri
Penyanyi Haqiem Rusly mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hatinya tidak lama lagi.
Haqiem memberitahu semua persiapan pernikahannya sudah pun selesai dan sudah bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.
“Ya sekarang ni saya sudah pun menjalani kursus kahwin, ujian HIV (Human Immunodeficiency Virus) , dan segala borang juga sudah pun lengkap.
“Hanya tinggal tunggu ke pejabat agama sahaja untuk bernikah,” katanya.
Haqiem mendedahkan perkara tersebut ketika temu bual bersama Nabil Ahmad dan Sheery Al Hadad dalam rancangan Meletop, pada Selasa.
Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu dia bakal mengadakan majlis bersanding jika keadaan mengizinkan.
“Buat masa ini kami merancang untuk bernikah dahulu. Kami mahu mengadakan majlis resepsi jika keadaan dan situasi Covid-19 mengizinkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Haqiem sempat memberitahu dia ada menggubah lagu buat bakal isterinya.
“Judul lagu itu Hitam Saksi Putih. Maknanya hitam itu saya sebagai seorang yang banyak melakukan kesalahan dan dia yang memutihkan atau membetulkan segalanya,” jelasnya.
Terdahulu, kecoh apabila Haqiem mengumumkan bakal berkahwin pada hujung tahun ini dalam sesi live dalam Instagram (IG), jam 2 pagi pada Mei lalu.
Pun begitu, Haqiem masih mahu merahsiakan bakal isterinya yang difahamkan, dikenali sejak dua tahun lalu itu sehingga pada hari pernikahannya.
Must-Watch Video