Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tampil menjelaskan situasi sebenar majlis perkahwinan anaknya selepas ada wargamaya yang mempersoalkan keluarga tersebut tidak mengamalkan penjarakan sosial serta tidak memakai topeng muka sewaktu bergambar.



Menerusi satu ciapan balas, Dr. Noor Hisham memaklumkan bahawa mereka sekeluarga membuka topeng muka buat seketika untuk tujuan bergambar kenangan di atas pentas.

Menurut beliau lagi, jemputan tetamu pula semuanya terdiri daripada ahli keluarga sahaja tanpa kehadiran orang luar.

Malah pengacara terkena Ahmad Fedtri Yahya yang turut menjadi hos pada majlis perkahwinan tersebut turut tampil mempertahankan tindakan Dr. Noor Hisham.

“Semua anak menantu & cucu dia. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, foto ahli keluarga di atas pentas pelamin itu turut mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Sape je amik gambar pakai mask atoiiiii. Lekla DG hisham lebih arif bab ni. Kejap je pon, untuk beberapa keping gambar tak kan tak boleh,” komen seorang wargamaya.

Banyak je gambar-gambar lain yang follow SOP. Tapi.. tu la. Demi secebis perhatian, buat apa nak highlight yg betul kalau boleh sebarkan ‘yang salah’. Ye tak?” kata seorang wargamaya.

Nampak sangat PKP ni takde dapat jemputan kahwin. Lenkali perangai elok sikit baru orang nak jemput,” usik seorang wargamaya.

Patut ahli keluarga DG jangan post la gambar ni. Mengundang kontroversi,” pesan seorang wargamaya.

Ni mesti tak pernah tangkap gambar bukak mask sekejap lepastu pakai balik,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan balas dari Dr. Noor Hisham terssbut telah mendapat hampir 10,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada minggu lalu, anak perempuannya, Khairin Afiqah bertemu jodoh dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Hazim.