Hiburan
“Happy 7th Anniversary Daddy. Kita Survive” – Scha, Awal Sambut Anniversary, Lara Alana Siap Buat Kad
Pasangan selebriti popular, Scha Alyahya dan Awal Ashaari menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7 semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Scha dan Awal telah memuat naik beberapa foto berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka.
“Semalam tak sempat nak reminiscing pasal old time sebab sibuk lari sana sini, so I buat today la.
“Dear wife, thank you so much for sharing your life with me and I can’t imagine having to live a day without you.
“Terima kasih melahirkan dan membesarkan anak kita dan be patience with us. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga,” tulis Awal.
Menariknya lagi, pasangan ni juga turut mendedahkan kad ucapan istimewa yang dibuat khas oleh anak kesayangan mereka, Lara Alana yang bertulis:
“To the best mom and dad, wish you a very happy anniversary. I Love you so much,” tulis Lara.
Scha juga berterima kasih kepada anaknya dan terharu dengan pemberian tersebut.
“Pheww thank you @laraalanaa for giving this card to Daddy , Mommy doesn’t hafta buy dah ? Happy 7th Anniversary Daddy. Kita survive,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Scha dan Awal.
Terdahulu, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 5.
Foto: Instagram @awalashaari, @schaalyahya
Must-Watch Video