Pelakon Sarah Hildebrand mengakui bersyukur apabila ramai pihak yang mendoakan kebahagiaannya walaupun telah berpisah dengan pengacara Nabil Mahir sejak dua minggu lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sarah menganggap 2019 merupakan tahun terbaik buat dirinya dalam industri hiburan tempatan.

"2019 will be a great year. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong Sarah.

"Happy bila fikir ramai pihak diluar sana yang mendoakan Sarah," tulisnya.

2019 will be a great year. Terima kasih banyak banyak kepada semua yang menyokong Sarah. Happy bila fikir ramai pihak diluar sana yang mendoakan Sarah. ?

A post shared by Nur Sarah Marie Hildebrand (@sarahhildebrand) on


Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Sarah kuat dalam meneruskan kehidupan dan mereka turut mendoakan kebahagiaannya.

Baru-baru ini Nabil mengesahkan bahawa hubungannya bersama Sarah sudah berakhir selepas menjalinkan hubungan cinta hampir lima tahun.

Hubungan antara Nabil dan Sarah sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pengacara itu mengambil tindakan memadamkan semua gambar mereka berdua di laman sosial.